in

“Game sentiasa padu! Engko power wei!” – Bawa Kejayaan Malaysia Kalahkan Thailand 2-1, Brendan Gan Dipuji Netizen

Brendan Gan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak percaya! Harimau Malaya terus membuka peluang dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 lepas tumpaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Antara nama yang disebut-sebut mewarnai perlawanan semalam hingga membawa kejayaan Harimau Malaya ialah Brendan Gan, pemain kacukan Cina-Australia. 

Ejvzn5Fu0Aisl60
sumber: twitter

Brendan katanya telah menunjukkan prestasi bermain di atas padang dengan sangat baik hingga berjaya menjaringkan gol buat Malaysia pada minit ke-26! Fuh!

Tak cukup dengan tu, dia juga bantu Sumareh untuk menjaringkan gol yang kedua buat pasukan kita tau. Nah tengok video kat bawah.

 

“Bro Gan, cuma nak bagitahu meriah gila stadium tadi. Thanks for the moment!” 

Brendan yang ternyata gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia telah berkongsi di Twitter dan berterima kasih dengan penyokong-penyokong Harimau Malaya. Tak sia-sialah korang turun Bukit Jalil semalam! 

Rata-rata netizen memuji kualiti permainan Brendan dan berharap ada lah harapan Malaysia nak masuk Piala Dunia 2022 ni nanti. Kita sama-samalah doakan!  

Terbaik
sumber: twitter

 

Siapa Brendan Gan sebenarnya? 

Bagi korang yang tak kenal Brendan atau baru hari ni dengar namanya, Brendan Gan ni actually pemain dari Perak dan pernah menjadi ‘Man of the Match’ semasa kemenangan Perak dalam menundukkan Terengganu pada Piala Malaysia 2018 lalu.

Berusia 31 tahun, Brendan Gan Seng Ling berdarah kacukan Cina-Australia dan memulakan kariernya di Sydney FC sebelum menyertai Sabah FA pada 2011.

Selain diminati kerana skill hebatnya dalam permainan bola sepak, Brendan juga digilai gegadis di luar sana kerana kekacakannya.

Tapi korang jangan lebih-lebih pulak ye, Brendan ni dah kahwin tau dan dia baru saja menimang cahaya mata awal bulan ini. Congrats Brendan! 

View this post on Instagram

What a great win last night… ??? . A true champion team embodies resilience.. a true champion team can not go without mistakes, yet a true champion team will overcome any obstacle and show strength in tough times ?? . The boys showed last night how resilient and strong they are when everything was thrown at them in the final minutes and still came out with a fantastic 3 points ??? . We still need to see all of you at the game on Sunday to help us continue to head towards success ???? . #PositivityOnly #ithasBGAN #BeTheBOSs #BringTheNoise #TheBosGaurus #RoadToRecoveryHasBGAN #ACLrehab #ACLRecovery #TheReturn #Preparation #NikeMY #Fitness #Health #Goals #LiveLife #LoveLife #JustDoIt #Malaysia #Australia #BeGreat #Prehab #TheWorldGame #PositiveVibes #Football #LifeStyle #Inspiration #Yoga #Fashion #Progress

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on

Tahniah Harimau Malaysia dan thank you Brendan! 

Baca: “Dah tak berguna, dilupakan” – Bekas Pemain Harimau Malaya Pernah Sertai Olimpik 1972, Kini ‘Dibuang’ Ke Rumah Orang Tua

Lupa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.