“Dah tak berguna, dilupakan” – Bekas Pemain Harimau Malaya Pernah Sertai Olimpik 1972, Kini ‘Dibuang’ Ke Rumah Orang Tua

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dah tak berguna, dilupakan” – Bekas Pemain Harimau Malaya Pernah Sertai Olimpik 1972, Kini ‘Dibuang’ Ke Rumah Orang Tua

Krishnasamy Veloo pernah dinobatkan sebagai hero bersama ahli pasukan bola sepak Harimau Malaya yang lain selepas berjaya menyertai Olimpik buat pertama kalinya di Munich pada tahun 1972.

Walaupun pasukan ini kalah dengan pasukan Jerman Barat (3-0) dan Maghribi (6-0), dorang berjaya mengalahkan pasukan Amerika Syarikat (3-0) sekaligus membuka mata negara-negara lain.


Football 1
Sumber: chedinsphere

Krishnasamy yang merupakan seorang pemain tengah ketika itu telah dijadikan pemain simpanan ketika perlawanan bersama Jerman Barat dan Maghribi. Tapi dia dapat bermain ketika menentang pasukan Amerika Syarikat di mana hero negara ini memenangi perlawanan tersebut. Namun, mana Krishnasamy sekarang?

Football 4
Sumber: New Straits Times

Menurut New Straits Times, bekas pemain Harimau Malaya yang sudah pun berusia 71 tahun kini tinggal di rumah penjagaan orang tua di Pulau Pinang dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,100. Lebih menyedihkan, yuran ini hampir tak mampu dibayarnya.

Bukan tu saja, kaki kiri yang pernah menjadi senjata ketika dia menjadi wakil negara satu ketika dahulu kini telah pun dipotong akibat penyakit diabetes, sementara pendengaran dan penglihatannya semakin menghilang.

Football 2
Sumber: chedinsphere

Kalau korang nak tahu, Krishnasamy tak beli rumah dulu semasa kariernya sedang melonjak kerana dia duduk di kuarters kerajaan. Sekarang, isterinya yang sedang sakit tinggal dengan anak perempuannya sementara anak-anaknya yang lain tak boleh nak menjaga dia kerana mempunyai keluarga sendiri.

Mujurnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah berikan sedikit pertolongan manakala Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan berjanji untuk menolong lelaki ini.

Pun begitu, sedih bila kita tengok penderitaan yang ditanggung oleh Krishnasamy ni lepas apa yang dia dah sumbangkan untuk Malaysia satu ketika dulu.

Kalau korang nak tolong Krishnasamy, korang boleh contact dia dekat +6017-555 5294.

Lumrah manusia kan, habis madu, sepah dibuang.

Baca: “Masa mula-mula masuk, MSN janjikan bulan dan bintang” – Atlet Kebangsaan Kini Jadi Penjual Jambu Tepi Jalan Lepas MSN Tamatkan Kontrak.

Screenshot 2019 09 30 At 4.12.15 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dah tak berguna, dilupakan” – Bekas Pemain Harimau Malaya Pernah Sertai Olimpik 1972, Kini ‘Dibuang’ Ke Rumah Orang Tua
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-tak-berguna-dilupakan-bekas-pemain-harimau-malaya-pernah-sertai-olimpik-1972-kini-dibuang-ke-rumah-orang-tua/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM