in

Gambar Katil Patah Berserta Kapsyen Nakal, Netizen Jangka Sam & Syatilla Bakal Timang Cahaya Mata?

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi satu kebiasaan pada hari ini, selebriti selalunya akan memberi petunjuk di laman sosial mereka untuk memberitahu berita besar kepada para peminat mereka.


Baru-baru ini, pasangan selebriti Saheizy Sam dan Syatilla Melvin ada memuat naik satu gambar di laman Instagram yang membuatkan para peminat mereka tertanya-tanya apa maksud di sebalik gambar tersebut.

“Aduhhhh pasaipa pulak dah katil patah sampai laguni, sayang tak baik buat saya mcm ni”

Gambar katil patah yang dimuat naik oleh pasangan ini membuatkan para peminat membanjiri ruangan komen dan menjangkakan bahawa mereka bakal menambah cahaya mata pada masa akan datang.

“Awak, saya sedia menerima bila2 masa awak memberi”

Tidak cukup dengan itu, akaun Instagram ini kemudiannya memuat naik lagi satu gambar dengan kapsyen yang berbunyi sedikit nakal, membuatkan ruangan komen mereka dibanjiri peminat sekali lagi.

“Dapat adik barulah…”

1 5

“Belum cukup…”

2 4

“Sian kat kami yang single ni”

3 1

“Dah memberi laluan dah tu”

4 1

Sebenarnya, jika dilihat daripada ayat kapsyen keseluruhan beserta hashtag di setiap gambar, mungkin ini adalah promosi untuk produk terbaru bisnes pasangan ini. Amboi, promosi produk kali ini lain macam betul!

Dalam pada masa itu, pasangan Sam dan Syatilla baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada tahun lalu. Kini mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

 

BACA: “So kalau perempuan nak kahwin awal, try couple dengan Zizan” – Netizen

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.