in

“Ni bab* ke lipas?”-[VIDEO] Lipas Tiba-Tiba Terbang Depan Muka, Syatilla Melvin Lari Lintang Pukang Macam Nampak Hantu

Cats 87

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan ramai orang yang geli dengan lipas sebab dia kadang-kadang boleh terbang juga tau. Memang lari tak cukup tanah kalau nampak haiwan ini depan mata.


Situasi ini sama seperti pengalaman yang dilalui oleh seorang pelakon baru-baru ini .

 

Lipas tiba-tiba terbang depan muka

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Syatilla Melvin di Instagram miliknya, dia berkongsi kisah ada lipas tiba-tiba terbang depan muka dia semasa dia di dapur bersama suami dan anaknya.

00

Dekat caption video itu, Syatilla beritahu yang dia geram dengan lipas tersebut sebab kacau dia tengah buat live.

“Kenapa masa aku live ko nak kacau hidup aku!”

Bukan itu sahaja, Syatilla juga beritahu yang lipas itu sampai nak masuk dalam mulut dia lagi tau.

“Sampai nak masuk dalam mulut aku, ko ingat kita kawan ke? Hang ingat hang rama-rama ka orang boleh tangkap bela?”

 

Lari macam nampak hantu

Menyedari kejadian lipas terbang itu, Syatilla terus lari lintang pukang masuk dalam rumah sambil menjerit macam nampak hantu.

Tapi, tiba-tiba suami Syatilla iaitu Shaheizy Sam beritahu yang lipas itu pun terbang sekali masuk rumah. Memang berlari satu rumah la apa lagi.

Dalam video itu pun, korang boleh tengok yang Shaheizy juga terkejut dengan kejadian itu tapi masih kekal tenang di dapur. Lebih menghiburkan, korang perasan tak anak diorang dekat belakang itu siap panjat masuk sinki dapur tau. Ya Allah macam-macam la.

Shaheizy

 

Ramai yang terhibur

Di ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis yang turut terhibur tengok gelagat Syatilla dalam video itu.

Whatsapp Image 2021 06 24 At 1.19.48 Pm

Whatsapp Image 2021 06 24 At 1.19.36 Pm

Lipas ni kalau dah terbang, dia dah tak jadi lipas tau. Dia jadi…..haa korang paham-paham la sendiri.

 

Sumber: Syatilla Melvin

Baca:“Bingit woi”- [VIDEO] Ramai Berdekah Tengok Syatilla Melvin Jawab Soalan ‘Suami Bayarkan Barang Shopee

Capture 57

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.