in

Gadis Teruja Mahu Ikut Resipi Khairulaming, Tapi Kucing Dah Makan Ikan Siakap Dulu

Cats 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada bunyi halus ‘Yusuf Taiyoob’ di iklan televisyen dan radio, suara Khairulaming juga boleh dikatakan sebagai tanda-tanda tibanya bulan Ramadan.


’30 Hari 30 Resipi’ adalah ilham pemuda ini untuk berkongsikan resipi kepada rakyat Malaysia. Turut tidak terkecuali, seorang gadis ada berkongsikan keterujaan kakaknya untuk mengikut resipi Khairulaming.

Berdasarkan ciapan yang dikongsikan di Twitter, kakak gadis ini ada memuat naik Instagram Story berkenaan resipi Siakap Stim Limau yang dikongsikan Khairulaming pada hari kedua puasa. Nampak sedap!

1A

Seperti kebiasaan, kita akan meletakkan bahan basah di sinki untuk dibasuh sebelum memulakan proses memasak. Namun, niatnya terbantut apabila ikan siakap yang diletakkan di sinki sedang dimakan oleh dua ekor kucing.

Melihatkan gambar yang dikongsi, isi ikan siakap tersebut sudah pun diratah oleh kucing-kucing itu. Perut tinggal tulang je…

2A

Ciapan ini tular dan mendapat perhatian netizen. Ketika artikel ini ditulis, ciapan ini sudah pun mencecah 20,000 perkongsian di laman Twitter.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan kisah mereka yang sama seperti kakak gadis ini. Ada juga yang berpendapat ikan tersebut adalah rezeki buat kucing itu.

A 2

B 2

C 2

D 1

Anda pernah mengalami situasi seperti ini? Cuba kongsi di ruangan komen!

 

Kredit: Sarah Jamaluddin

BACA: [VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor

Xxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.