in

Gadis Terlanggar Basikal Lelaki Ketika Memandu, Kini Jadi Pasangan Bercinta

Hlqhd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang, pertemuan yang tak disangka-sangka seorang lelaki dan perempuan sering membibitkan percintaan. Salah satunya adalah kisah menarik seorang wanita yang dikongsikan baru-baru ini.


Seorang gadis dari UTAR telah berkongsi kisah pertemuannya dengan teman lelaki yang boleh dikatakan agak comel dan lucu di laman UTAR Confession. Menurut portal World of Buzz, pertemuannya dan teman lelaki bermula ketika dia pertama kali tiba di UTAR, Kampar, Perak.

Utar Student Fell In Love After Crashing Her Car Into Guys Bike World Of Buzz
gambar hiasan

“Melihatkan teman lelaki saya yang comel ini, saya teringat akan kisah bagaimana kami pertama kali bertemu pada dua setengah tahun yang lalu.

“Pada ketika itu, saya baru saja tiba di Kampar dan sedang memandu untuk mencari hostel yang bakal saya tinggal dengan menggunakan Waze. Saya memandu dengan begitu perlahan, lebih kurang 20 ke 40km/j dan fokus dalam mencari lokasi yang betul.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentakan yang kuat dan saya cepat-cepat berhentikan kereta untuk melihat apa yang terjadi. Barulah saya ketahui yang secara tidak sengaja saya terlanggar seorang budak lelaki sedang menunggang e-bike. Saya takut sangat kerana sangka saya sudah bunuh seseorang pada hari pertama saya di sini.”

Utar Student Fell In Love After Crashing Her Car Into Guys Bike World Of Buzz 2
gambar hiasan

“Nasib baiklah lelaki yang menunggang basikal itu tidak cedera dan dia dengan baik hatinya menenangkan saya bila saya dalam keadaan cemas. Dia beritahu yang dia dalam keadaan baik, namun perlahan-lahan menegur saya dengan mengatakan bahaya melihat telefon ketika sedang memandu. Saya sedih sangat hingga memohon maaf berkali-kali.”

Pada ketika itulah mereka mula bersahabat apabila lelaki tersebut membantunya ke hostel yang dicari-cari. Oleh kerana mereka tinggal berdekatan, mereka saling berhubung dan lelaki berkenaan menjadi rakan pertamanya di Kampar.

Perhubungan mereka kemudian berubah menjadi rapat kerana lelaki tersebut menunjukkan kawasan setempat dan membantunya dalam menyiapkan tugasan dengan memberi nota-nota terdahulu. Alahai comelnya! 

Media10
gambar hiasan

Sudah tentu jalan cerita perhubungan ini berakhir dengan ‘happy ending’ kerana menurut gadis itu, selepas beberapa bulan berkenalan mereka telah menjadi pasangan kekasih kerana dia tersentuh dengan cara lelaki tersebut menjaganya dan menunjukkan keprihatinan kepadanya.

Gadis itu mengakhiri luahan hatinya dengan berseloroh, “Jadi para gadis semua patut jadi macam saya. Bila ada masa lapang, anda boleh bawa kereta untuk mencari lelaki yang anda suka dan langgar mereka. Manalah tahu lelaki itu boleh jadi teman lelaki awak juga!”

Utar Student Fell In Love After Crashing Her Car Into Guys Bike World Of Buzz 3
gambar hiasan

Rata-rata netizen yang membaca entri gadis ini mula kongsikan dengan rakan mereka yang lain dan memberitahu yang mereka juga boleh lakukan hal yang sama untuk berjumpa dengan ‘soulmate‘ yang dicari-cari.

Pun begitu, ada juga yang ragu-ragu dengan kisah yang diceritakan gadis ini kerana ia seperti rekaan semata-mata. Walau apapun, mereka masih menganggap ia lucu dan jarang sekali orang di luar sana mempunyai kisah cinta seperti ini. Sweet sangat kan? 

Semoga cinta gadis ini dan pasangannya berkekalan. Walau apapun, jangan sesuka hati langgar mana-mana lelaki atau perempuan tau. Bahaya kalau apa-apa terjadi! 

Baca: Lelaki Marah Gadis Kerana ‘Double Park’, Akhirnya Menjadi Pasangan Cinta

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.