in

Lelaki Marah Gadis Kerana ‘Double Park’, Akhirnya Menjadi Pasangan Cinta

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Sakit hati kan bila kereta kita kena double park? Bak kata orang memang boleh buat gaduh. Tetapi siapa sangka, ianya menjadi titik permulaan bagi gadis ini dan teman lelakinya.

Seorang gadis baru-baru ini berkongsi kisah tersebut di TARC Confessions yang kemudian menjadi viral.

“Cerita bagaimana kami berkenalan sebenarnya agak lucu. Pada suatu hari, tahun lepas, saya sudah lambat untuk menjawab ujian pertengahan penggal kerana demam. Dan saya tidak jumpa petak parkir yang kosong, jadi saya tiada pilihan tetapi untuk double park di belakang sebuah kereta.

“Pada waktu itu, saya masih menggunakan telefon bimbit yang lain, jadi saya tidak dapat menerima apa-apa panggilan. Selepas habis ujian, saya berehat seketika di dalam kelas kerana demam saya agak teruk.”

“Saya lupa untuk periksa telefon saya, jadi saya tidak tahu dia (teman lelaki) menghubungi saya untuk mengalihkan kereta. Selepas 20 minit, saya buat keputusan untuk pergi ke klinik.”

“Dari jauh, saya lihat tiga lelaki berdiri di tepi kereta saya. Saya terus terfikir bahawa saya terlupa keadaan kereta saya yang double park. Mereka nampak sangat garang dan marah. Saya lihat telefon dan malangnya ia tidak boleh dihidupkan. Saya kemudian memberanikan diri untuk berjalan dan berjumpa mereka.”

Http://Www.worldofbuzz.com/Wp-Content/Uploads/2017/03/Giphy-3.Gif?X82567

“Saya terus mengaku kereta kepunyaan saya itu yang menghalang kereta mereka dan mereka mula memarahi saya. Selepas beberapa ketika, air mata mula bergenang namun saya berjaya menahannya daripada ianya mengalir. Saya akui ianya memang salah saya.”

“Bakal teman lelaki saya bertanya: ‘Mengapa awak menangis? Awak buat kami nampak teruk!’ Selepas itu, saya terus menunduk dan memohon maaf kepada mereka. Mereka juga meminta saya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang dan saya mengangguk tanda faham.”

“Sebelum saya menutup pintu kereta, dia perasan bahawa saya kelihatan tidak bermaya dan sakit. Jadi dia bertanya: ‘Awak okay?’ Saya katakan kepadanya saya baik-baik sahaja sebelum menutup pintu. Itu adalah kali terakhir saya melihatnya pada hari tersebut.”

“Selepas empat hari, saya beransur pulih dan telefon saya juga sudah dibaiki. Ketika menghidupkan telefon, saya terima mesej menunjukkan panggilan daripadanya sebanyak lebih 50 kali. Selepas membuka Whatsapp, saya bertambah terkejut.”

“Rupa-rupanya, dia menghantar mesej kepada saya semenjak hari itu bertanya keadaan saya dan jika saya selamat sampai ke rumah.”

“Saya sangat terharu dengan keprihatinannya dan menjelaskan kepadanya mengapa saya double park. Selepas membaca mesej itu, dia terus menghubungi saya.”

Giphy 9

“Dia memohon maaf kepada saya dan memberitahu tentang kerisauannya yang memikirkan sesuatu mungkin terjadi kepada saya selepas saya hilang beberapa hari. Dan disebabkan itu juga, dia tidak dapat tidur dengan tenang.”

“Semenjak itu kami mula berbalas mesej dan berbual. Beberapa bulan kemudian, kami membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta.”

Okay gadis-gadis yang belum berpunya tu, mungkin boleh double park kereta lelaki yang anda minat? Hahaha!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.