in

Gadis Terkejut ‘Gambar’ Bogelnya Dijual di Instagram Dengan Harga Serendah RM30

Cats1

Media sosial sepatutnya digunakan ke arah kebaikan. Namun, sayang apabila terdapat golongan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk menjadikan media sosial sebagai saluran yang tidak selamat terutamanya bagi kaum wanita.

Baru-baru ini, seorang remaja bernama Aina telah meminta pertolongan netizen melalui Twitter miliknya untuk melaporkan akaun Instagram yang telah mencuri gambarnya atas tujuan yang tidak senonoh.

Menurut Aina, gambarnya telah diletakkan bersama-sama gambar wanita bogel yang mempunyai wajah yang hampir sama dengannya. Hal ini membuatkan ramai yang menganggap perempuan bogel di dalam gambar tersebut adalah dia.

 

Gc3
sumber: cari
Gca7
sumber: cari

Hal ini menyebabkan ramai orang yang bertanyakan padanya sekiranya perempuan di dalam gambar tersebut adalah dia. Bukan itu sahaja, malah menurut Aina, rakan-rakannya juga turut menjadi mangsa.

Gca6
sumber: twitter

Aina berang kerana pemilik akaun Instagram itu sanggup mencari gambar-gambar muka mangsa yang mirip dengan wajah wanita bogel itu.

Tidak cukup dengan itu, Aina mengatakan pemilik akaun tersebut turut meletak harga serendah RM30 bagi sesiapa yang ingin mendapatkan gambar-gambar bogel tersebut.

Gca4
sumber: twitter

Rakan-rakan Aina yang melihat tweet ini telah membuat laporan supaya akaun Instagram itu ditutup selain turut menasihatinya supaya melaporkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, menurut Aina dia sedang mengumpul bukti bagi mencari pemilik akaun terbabit.

Saya tengah cari, nak tahu betul-betul siapa orang ini. Rasanya dah jumpa dah siapa dia.”

Seorang pengikut Aina di Twitter mendakwa kemungkinan pemilik akaun itu merupakan orang yang mengenali mereka kerana dia mempunyai gambar-gambar lama rakan-rakan yang sama batch dengan mereka.

Gca5
sumber: twitter

Difahamkan akaun Instagram yang telah memuat naik gambar-gambar tidak senonoh ini telah pun ditutup. Namun, masih tidak diketahui sekiranya Aina telah membuat laporan polis mengenai hal ini.

Bahaya la sekarang ni. Ramai benar yang suka nak ambil kesempatan ke atas orang lain. Siap buat duit pulak tu. Hati-hati ye semua. Tapis dulu siapa yang hendak mengikut akaun media sosial kita.

Baca: Jaga-jaga! Akaun Twitter Guna Selfie di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks

Cg1