Jaga-jaga! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks

Tambah ke Sumber Pilihan
Jaga-jaga! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks

Perkongsian di laman sosial kini sepertinya menjadi kewajipan untuk bukan sahaja masyarakat Malaysia malah di luar negara. Memuat naik selfie atau swafoto adalah antara perkara yang paling gemar dilakukan oleh kebanyakan individu yang memiliki laman sosial. Namun, hati-hati kerana swafoto anda berisiko untuk digunakan bagi tujuan yang salah!

Berkongsi selfie di laman Facebook atau Instagram bukanlah tindakan yang berbahaya, tetapi perkongsian yang disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kemudaratan. Menurut mStar, sebuah akaun Twitter pornografi telah menggunakan gambar-gambar di media sosial untuk mencari pelanggan bagi menawarkan khidmat seks!


Z1
Sumber: Twitter

Berbekalkan selfie wanita-wanita yang dicuri dan seolah menggambarkan mereka sebagai pelacur, akaun Twitter tersebut mempromosikan kegiatan haram bermula daripada tawaran video seks sehinggalah khidmat pelacuran. Selain gambar selfie, ada juga foto wanita yang bergambar dengan pakaian kerja mereka.

Z2

Z3
Sumber: Twitter

Memberi arahan supaya memindahkan RM300 ke dalam sebuah akaun bank untuk mendapatkan khidmat yang ditawarkan, beberapa pengguna Twitter mendakwa bahawa akaun tersebut diwujudkan bagi tujuan penipuan kerana pemilik akaun tidak akan memberi maklum balas selepas bayaran penuh dibuat.

Menurut The Star, sekurang-kurangnya empat wanita telah menjadi ‘mangsa’ aktif di media sosial dan dua daripadanya bekerja sebagai guru. Akhbar itu malah turut menghubungi akaun pornografi berkenaan yang berpangkalan di Shah Alam dengan menyamar sebagai pelanggan.

Ya mereka semua gadis saya. Hantar wang kepada saya dan saya akan aturkan segalanya,” balas pengendali akaun tersebut.

Aktivis hak digital, Tan Sze Ming menekankan bahawa kes kecurian gambar ini menunjukkan bahawa trend jenayah siber melibatkan kegiatan penipuan, pelacuran dan fitnah di negara kita di tahap membimbangkan.

Pelacur
Gambar hiasan

Individu yang mendapati gambar mereka telah disalah guna boleh membuat laporan kepada SKMM atau pusat bantuan Cyber999 CSM di https://mycert.org.my.

Memuat naik gambar di laman sosial tidak salah, tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu terbuka berkongsi gambar dalam talian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Nota: Gambar featured image adalah sekadar hiasan.

Baca: Warga Asing Salahguna Pas Lawatan Kantoi Tawar Khidmat Seks Melalui Aplikasi WeChat

Fb6 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Jaga-jaga! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jaga-jaga-akaun-twitter-guna-selfie-di-facebook-dan-instagram-untuk-tawar-khidmat-seks/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM