in

Gadis Selamatkan Diri Dengan Menjerit Selepas Hampir Dicabul Dalam Bas Ekspres Di Kajang

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Selamatkan Diri Dengan Menjerit Selepas Hampir Dicabul Dalam Bas Ekspres Di Kajang
Loading
/

Macam-macam perangai orang zaman sekarang. Di tempat awam pun masih ada keberanian untuk melepaskan hawa nafsu mereka tak kira siang mahupun malam. Itulah yang hampir berlaku kepada seorang gadis di dalam bas ekspres di Kajang.


20799054 130870034195202 7868860959744261516 N
Sumber: facebook

Mujur gadis itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan selepas dirinya hampir dicabul oleh seorang lelaki dalam bas ekspres dua tingkat milik syarikat bas yang berpengkalan di Kota Bharu itu, lapor Harian Metro.

Menurut si mangsa, hanya dia dan lelaki berkenaan sahaja berada di tingkat atas bas dan masing-masing duduk di tempat mereka yang ditetapkan.

20729550 130869970861875 8098425378215715009 N
Sumber: facebook

Menurut jurucakap bas ekspres berkenaan, pemandu bas mendengar mangsa menjerit kira-kira pukul 8.30 pagi, sejurus bas itu meninggalkan hentian bas Kajang.

Sebaik sahaja mahu memulakan perjalanan, pemandu yang terdengar bunyi jeritan itu meluru naik ke tingkat atas dan melihat lelaki berkenaan cuba mencabul mangsa. Dia kemudian menangkap lelaki itu dan menyelamatkan gadis tersebut dari dicabul.

Pun begitu, berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki tersebut dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Kepada kaum wanita, lepas ni jikalau ada bahaya menghampiri gunakan jeritan anda sebagai senjata. Pasti selamat.

Lihat video dibawah.

Baca: Suspek Kes Cabul Dan Liwat Pelajar Sekolah Bunuh Diri Selepas Mangsa Buat Laporan Polis

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.