in

Suspek Kes Cabul dan Liwat Pelajar Sekolah Bunuh Diri Selepas Mangsa Buat Laporan Polis

Reallll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, banyak sungguh kes liwat, cabul dan rogol yang berlaku terutamanya melibatkan golongan pendidik. Yang terbaru, tiga orang pelajar telah membuat laporan polis pada Isnin lalu apabila mereka mendakwa seorang jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak mencabul dan meliwat mereka.


Terkejut bukan?? Namun apa yang lebih mengejutkan apabila suspek telah ditemui mati dipercayai menggantung diri di sebuah bilik hotel di Ipoh, lapor Utusan Online.

Bandar Sabu Gantung Diri Di Tahanan Bnn Sulteng 7T6
gambar hiasan

Menurut siasatan awal polis, lelaki yang berusia 54 tahun itu merupakan suspek bagi kes cabul dan liwat yang melibat tiga pelajar sekolah yang berusia antara 14 hingga 15 tahun.

Mangsa yang merupakan pelajarnya telah diberikan pil oleh suspek dengan alasan untuk membesarkan tubuh badan, namun sebenarnya selepas menelan pil tersebut mangsa dikatakan berada di dalam separuh sedar dan suspek menggunakan peluang tersebut untuk meliwat dan menghisap kemaluan mangsa. Gilalah! 

Image
gambar hiasan

Untuk menutup kesalahan yang dilakukannya, suspek membawa mangsa membeli barangan seperti telefon bimbit, pakaian dan kasut.

Suspek telah didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut antara bulan Mei 2016 hingga Mac lepas di rumahnya dan hotel.

Menurut laporan polis, mayat suspek telah ditemui dalam keadaan tergantung oleh pekerja hotel pada jam 5.40 petang. Mayat tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

P4 Mprk Dz 0204 P4 Dz 2
gambar hiasan

Dalam pada itu, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan rakan pelajar lain yang kemungkinan terbabit dan menjadi mangsa suspek dalam kejadian tersebut.

Makin menjadi-jadi pula kes cabul dan liwat ni. Semoga para pelaku diluar sana bertaubatlah! 

Baca: Bapa Korek Dubur, Liwat Dua Anak Berusia 7 dan 11 Tahun di Tempat Awam Sejak April 2016

Liwats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.