in

Gadis India Mati Tengkorak Dihentak Bata Selepas Dirogol Beramai-ramai

Tengkorak Pecah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan mengugut untuk memberitahu akan kejahatan sekumpulan lelaki yang telah merogolnya kepada pihak polis, wanita India ini telah dibunuh dengan kejam selepas tengkoraknya pecah dihentak bata.


Wanita malang yang berusia 23 tahun ini, telah dibawa oleh kumpulan lelaki tersebut menaiki kereta, yang mana salah seorang dari suspek dikenali mangsa dekat dengan kawasan rumahnya di Sonipat, berdekatan dengan bandar Rohtak, India.

404940C100000578 0 Image A 2 1494789711696
sumber: daily mail

Menurut Supritendan Polis, Ashwin Shenvi, dua lelaki telah ditangkap berkaitan kes ini di bandar Sonipat, manakala enam lagi sedang disiasat setelah ibu mangsa menuduh akan penglibatan mereka di dalam kes rogol dan bunuh ini.

4052Ce5E00000578 4505264 Image A 20 1494790809869
sumber: daily mail

Apabila dia kata kepada mereka yang dia akan mengadukan hal ini, mereka terus mengetuk kepalanya dengan batu bata.” 

“Cara mereka menzaliminya itu adalah sangat ngeri.” 

404941Df00000578 0 Image M 6 1494789761676
sumber: daily mail

Malah menurut Shenvi, ibu mangsa sebelum ini sudah pun membuat aduan terhadap salah seorang yang tertuduh kerana memaksa anaknya untuk mengahwini lelaki tersebut. Walaupun begitu, perselisihan tersebut telah diselesaikan antara kedua belah pihak.

Sejak akhir-akhir ini, kes keganasan seksual terhadap wanita di India merupakan isu yang sangat sensitif berikutan kes rogol beramai-ramai terhadap seorang pelajar di dalam bas dekat New Delhi pada tahun 2012 lepas.

Kejadian tersebut telah membangkitkan protes di kalangan rakyat India akan keganasan terhadap wanita yang sudah berakar umbi dan kegagalan pihak berkuasa dalam melindungi wanita yang lemah.

D1C08Bdbfc2F487A9337F3A6B103867A 18
gambar hiasan – sumber: al jazeera

Walaupun India telah menetap hukuman penjara yang berat buat pesalah rogol dan berjanji untuk membawa mereka yang didakwa melalui proses mahkamah yang lebih pantas, namun kes rogol, serangan asid dan keganasan rumah tangga masih juga berlaku.

Dalam purata 50 jenayah telah dilaporkan sehari oleh polis di Delhi dan ia melibatkan hampir empat kes rogol, menurut pegawai kanan kementerian dalam negeri.

Dalam menjadi seorang wanita, kita sentiasa harus berwaspada. Jangan terlalu berani dan jangan juga terlalu lemah dalam menangani sesuatu kejadian yang menimpa. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.