in

Gadis Dikurung Lelaki Baru Dikenali di Facebook Kerana Tidak Memberi Wang Yang Diminta

Amelia Deva Puspitadi Mapolsek Palmerah Jakarta Barat 20170527 145501 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergaulan bebas di kalangan remaja zaman sekarang semakin sukar dibendung tambahan pula dengan wujudnya media sosial. Baru-baru ini seorang gadis dari Jakarta telah dikurung oleh lelaki yang baru dikenalinya di Facebook.


Menurut Banjarmasin Post, Hendra Kurniawan, 22, telah diberkas polis kerana mengurung Amelia Deva Puspita, 17, setelah gadis itu enggan memberi wang yang diminta.

Amelia Deva Puspitadi Mapolsek Palmerah Jakarta Barat 20170527 145501
sumber: banjarmasin post

Semuanya bermula apabila ibu Amelia, Suharmi diberitahu Lia, sahabat Amelia yang mendapat pesanan ringkas mengenai rakannya yang mengaku dikurung oleh seorang lelaki baru dikenalinya.

Amelia dikatakan meminta kebenaran Suharmi untuk keluar pada pukul 3 petang dengan alasan untuk pergi bermain-main. Namun sehingga pukul 11.30 malam, anaknya itu masih tidak pulang juga.

Keluarga Amelia juga telah cuba menghubungi telefonnya, pun begitu telefon gadis itu tidak aktif. Malah keluarga gadis itu juga telah mengaku mencarinya di luar.

Dua hari kemudian Lia memberitahu Suharmi bahawa Amelia dikurung oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Dengan itu, Suharmi pantas melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurut pihak polis, lelaki yang mengurung Amelia merupakan rakan yang dikenalinya dari laman Facebook.

Clark Howard 286408479
gambar hiasan – sumber: clark howard

“Kami mengambil tindakan akan laporan yang diterima dari Suharmi. Mengenai lokasi Amelia, kami telah melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat sebuah rumah sewa di Kemanggisan, Jakarta Barat,” jelas pihak polis.

Setelah beberapa jam menyiasat, pihak polis berjaya menangkap Hendra.

Suspek mengaku yang dia baru berkenalan dengan Amelia di laman Facebook. Mereka kemudiannya bersepakat bertemu untuk berbincang-bincang. Amboi mudahnya buat temujanji! 

Image 4
gambar hiasan – sumber: media kedah

Hendra menjemput Amelia di rumah. Namun dia membuat Amelia tidak selesa kerana pada pertemuan yang pertama, Hendra sudah meminta wang kepada gadis itu. Oleh kerana Amelia tidak ada wang, Hendra meminta gadis itu untuk tidur di rumahnya dekat Kemanggisan.” 

Eh ada ke pulak macam tu??

Hendra yang ditangkap ketika sedang leka mandi itu tidak meminta sebarang wang tebusan. Dia cuma kesal apabila dia meminta barang dan wang dari Amelia, gadis itu gagal memberikannya apa-apa. Lalu disebabkan itu, dia memaksa Amelia untuk tidur di rumahnya.

Sungguhpun begitu, motif suspek masih disiasat polis.

Ibu bapa nampaknya kenalah siasat aktiviti anak-anak di media sosial. Mereka ini masih muda dan tanpa pantauan mereka mudah terjerumus ke hal yang sia-sia.

Baca: Pakcik Baru Aktif Facebook Live Dikutuk Netizen Suruh Tunggu Kematian

Medsos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.