in ,

Pakcik Baru Aktif Facebook Live Dikutuk Netizen Suruh Tunggu Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak tahu dengan Facebook Live kan… Makin hari makin popular dan ramai buat live video di media sosial untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan berbalas komen.


Seorang lelaki warga emas bernama Kg Ken, merupakan salah seorang daripada pengguna yang aktif Facebook live dan memiliki ramai peminat. Kalau dah warga emas aktif Facebook memang rare lah…

Bukan biasa-biasa, uncle ni memang sporting. Sebab tu setiap kali live dia dapat lebih kurang 10-20ribu views.

Sumber: World of Buzz

Ramai peminatnya menganggap Ken seorang yang kelakar, peramah dan kadang kala suka bercakap panjang lebar. Sebab apa?

Rupa-rupanya, dia sering sambung bercakap walaupun sudah mengucap bye-bye. Kadang kala ketika live dia akan nyanyikan lagu Hokkien untuk peminat tersayangnya.

Sumber: World of Buzz

Sekali sekala dia akan live di dapur dan tunjuk kemahiran memasak yang dimiliki kepada semua penonton.

Sumber: World of Buzz
Sumber: World of Buzz
Sumber: World of Buzz

Tetapi, ketika ramai berseronok dan terhibur dengan gelagatnya, seorang lelaki bernama Alex memberi komen yang potong stim je!

Dia dengan berani dan secara terang-terangan berkata:

Kau tunggu masa untuk kematian je lah.”

Penonton setia Ken kemudian menyebelahinya dan Alex mendapat kecaman daripada mereka semua. Rupanya, kadang kala dia memang suka memberi komen secara rawak untuk mengganggu orang lain (ikut musim lah). Mungkin dia kurang kasih sayang kot?

Sumber: World of Buzz

Kalau dah penonton happy dengan video Pakcik Ken, biar jelah. Kenapa nak potong stim orang tengah bergembira? Kenapa diri tu penuh sangat dengan kebencian?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.