Gadis Dari Australia Claim Berjaya Dapat Tiga Degree Lepas Keluar Dari Islam

Tambah ke Sumber Pilihan
Gadis Dari Australia Claim Berjaya Dapat Tiga Degree Lepas Keluar Dari Islam

Mendapat hidayah untuk menerima agama Islam atau berubah menjadi seseorang yang lebih baik dari segi agama itu adalah satu rahmat besar Allah kepada hamba-Nya.

Tapi malang bagi sesetengah orang yang mungkin sudah dilahirkan menjadi seorang Islam tetapi menganggap agama ini sebagai penghalang kepadanya pulak dalam mencapai sesuatu yang baik dalam hidup.

Perkara inilah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Ayesha yang berasal dari Australia. Dia mengaku dirinya sebagai ‘ex-Muslim’ dan telah meninggalkan ‘Allah’ atas sebab-sebab yang admin rasa sangat remeh-temeh. 

Menerusi perkongsian video di Twitter, Ayesha memberitahu yang dia telah mendapat pelbagai peluang hidup yang baru selepas keluar daripada agama Islam.

Lepas keluar Islam, anjing boleh berak di seluruh katil dan rumah?

Antara sebabnya yang buat admin terkejut ialah dia katanya mempunyai seekor anjing jenis Italian Greyhound dan anjing tersebut katanya telah meninggalkan ‘najis’nya ke seluruh katil dan rumah milik Ayesha.

Walau bagaimanapun, Ayesha sangat gembira akan hal tersebut mungkin dia dah tak perlu nak fikir pasal soal sertu kot. Tapi kalau ikut logik sapa je suka anjing dorang berak-berak satu rumah kan?

Dia meninggalkan najisnya (kekotoran) ke seluruh katil dan rumah saya. Dan saya menyukainya” 

Dog Najis Love ItSumber: Twitter

Berjaya dapat tiga degree lepas keluar Islam? 

Satu lagi sebab yang agak mengejutkan ialah apabila Ayesha memberitahu yang dia berjaya mendapat tiga degree iaitu satu sarjana muda dan dua masters selepas keluar dari Islam.

Dia juga katanya dalam perancangan nak ambil PHD lepas ni. Tambah Ayesha dia berjaya kerja di bermacam-macam sektor selepas murtad dari agama ini.

Kenyataan Ayesha yang ini memang buat ramai Muslim kat luar sana triggered sebab ramai je yang berjaya dapat degree, masters, PHD dan juga ada yang bergelar professor dengan pangkat lebih tinggi ketika menjadi seorang Muslim.

MuslimSumber: Twitter

“Inilah yang dipanggil istidraj” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai kecaman di media sosial yang mana rata-rata tidak memahami apa relevannya di sebalik keluar agama dan capai kejayaan macam dapat degree tu kalau tidak menjadi seorang Muslim.

Rasanya tak perlu diberikan contoh, dalam keluarga kita sendiri ramai yang berjaya dalam pelajaran dan hidup tapi mereka masih berpegang kepada ajaran Allah dan sentiasa mengikuti arahan-Nya.

Kebanyakan netizen juga berpendapat, apa yang dimiliki Ayesha kini dipanggil istidraj dan mendoakan semoga dia mendapat hidayahnya kembali.

GilaSumber: Twitter

Marilah kita doakan Ayesha ni mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Amin. 

Baca: “Kurang ajarnya dorang!” – Netizen Pakat Report Akaun Geng Islam Murtad di Amerika Sebab Cipta ‘Surah Corona’

Covida

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gadis Dari Australia Claim Berjaya Dapat Tiga Degree Lepas Keluar Dari Islam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gadis-dari-australia-claim-berjaya-dapat-tiga-degree-lepas-keluar-dari-islam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM