Semestinya apabila kita baca kes-kes di mana orang telah dianiaya, kita tentu akan rasa bersimpati terhadap mangsa. Namun tidak semua benda yang kita baca di media sosial itu benar!
Baru-baru ini, sebuah gambar menunjukkan kecederaan di kepala seorang gadis menjadi tular di Facebook kerana cerita sebenar di sebalik gambar itu.
Di status gadis itu, dia menerangkan bahawa dia telah dapat kecederaan tersebut kerana diserang pemilik kedai pada jam 9.20 pm di sebuah restoran di Puteri Wangsa, Johor.
“Pemilik kedai itu memang bagus tetapi sebelum itu dia menyerang saya. Hanya sebab dia tidak dapat terima kritikan saya mengenai servis restoran mereka yang perlahan jadi dia belasah pelanggannya. Tolong jangan buka perniagaan jika awak berperangai sebegitu”
Pada mulanya, nampak seperti gadis itu adalah mangsa dan ternyata memang ramai orang di media sosial telah berpihak padanya. Mereka juga turut menyoal apa motif pemilik kedai itu untuk bertindak sedemikian.
Menurut World of Buzz, tidak lama selepas itu, anak pemilik kedai telah tampilkan diri dan memberitahu perkara sebenar dengan memuat naik status di Facebook menceritakan kejadian itu dari pihak mereka pula.
Dia mengatakan bahawa gadis itu memarahi mereka sebanyak 3 kali dan dia patutnya dipersalahkan kerana memulakan pergaduhan tersebut terlebih dahulu.
Bukan itu saja, gadis itu juga telah mengugut mereka yang bahawa dia akan pastikan restoran tersebut lingkup.
“Lepas itu, kamu pukul isteri pemilik dan seorang lagi staf sehingga dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala sampai memerlukan 10 jahitan. Selepas cari gaduh, kamu semua larikan diri. Jika kamu benar tidak bersalah, kenapa tidak pergi ke balai polis saja daripada berlakon menjadi mangsa.”
Saksi lain yang berada di tempat kejadian juga menyokong anak pemilik itu dan akui mereka lihat gadis berkenaan yang sebenarnya memulakan pergaduhan terlebih dahulu.
Kini, gadis itu sudah pun memadam status tersebut kerana mendapat banyak komen negatif selepas lakonannya untuk meraih simpati itu terbongkar.
Pihak polis sudah mula menjalankan siasatan atas pergaduhan tersebut yang melibatkan kerusi plastik dan juga meja kayu. Mereka telah menahan lima orang lelaki dan dua orang perempuan untuk bantu siasatan.
Nasib baik anak pemilik kedai itu tampil dan beri penjelasan sebenar. Kalau tak sampai bila-bila netizen akan tertipu.
Baca : Dua Kumpulan Lelaki Bertengkar dan Menyerang Satu Sama Lain Di Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang