Pengunjung ke Teluk Cempedak pasti pernah melihat sekumpulan anak muda penghibur jalan yang bermain api.
Tidak dinafikan mereka ini kelihatan mahir dan melakukan aksi berbahaya dengan menyebur api dari mulut mereka.
Baru-baru ini mereka melakukan aksi dengan berpakaian wanita berbaju kurung dan bertudung sehingga ada yang tertanya sama ada lelaki atau wanita.
Mereka melakukan aksi berani itu dengan berlatar belakangkan musik rancak sehingga kelihatan seperti artis luar negara yang melakukan persembahan.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat penghibur itu yang cuba mengelirukan pengunjung yang menyaksikan persembahan mereka.
Aksi yang dilakukannya bukan mudah kerana tahap kepanasan batang itu memerlukan latihan yang lama bagi mereka yang mahu melakukan aksi sebegini.
Ternyata kelincahan lelaki yang berpakaian wanita itu dikagumi pengunjung Teluk Cempedak sehingga boleh menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikannya.