in

“Hanya cari wang untuk sesuap nasi” – Netizen Dedah Identiti Individu Dalam Kostum Doraemon, Korang Pasti Sebak Bila Tahu Dia Sebenarnya…

Doradora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi kat mall atau tempat rekreasi, korang mesti pernah jumpa dengan maskot berkostum macam Doraemon ke, Hello Kitty ke dan macam-macam lagi untuk ceriakan kanak-kanak. Tapi korang pernah terfikir tak, siapakah orang di sebalik kostum yang besar ini?



Menerusi satu perkongsian di Facebook, admin agak tersentuh apabila netizen dedahkan tentang identiti individu di sebalik kostum Doraemon di kawasan pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Korang takkan percaya siapa dia sebab… 

 

“Dia hanyalah seorang makcik tua yang kini habiskan usia tuanya menghiburkan orang ramai di samping mencari rezeki” 

Menurut perkongsian tersebut, insan di sebalik kostum Doraemon ni hanyalah seorang makcik tua yang gigih mencari rezeki dan pada masa yang sama nak habiskan sisa hidupnya dengan menggembirakan orang sekeliling. Allah sebak bila baca tentang ni! 

Doraemon 1
sumber: facebook
51272880 2809165289117271 4054845544315486208 N 1
sumber: facebook
 

“Sapa yang bergambar tu berilah RM1 atau seikhlas hati… kalau tengok muka dia korang pasti ingat ibu korang” 

Netizen yang mengenali makcik tersebut jugak comfirm kan kisah ini dan dorang mintak kalau korang berjumpa dengan makcik tersebut, hulurkanlah RM1 atau lebih sebagai penyambung rezeki insan ni.

Ada jugak yang terkejut sebab dorang tak sangka suara di sebalik kostum ni rupanya seorang makcik. Aduhai.. 

50948225 2809165275783939 2155893009281974272 N

50927114 2809165269117273 7140873748009189376 N
sumber: facebook

Hello Kitty ni pun seorang makcik… 

Malah bukan makcik ini seorang saja yang buat kerja macam ni, Hello Kitty yang dikongsikan netizen kat bawah ni juga pun seorang makcik. Sedih admin lihat orang tua buat kerja-kerja begini.

Hello Kitty
sumber: facebook
Admin doakan semoga urusan makcik di sebalik kostum-kostum ini dipermudahkan. Kalau korang jumpa dengan maskot macam ni, korang support dan berilah derma sekadar termampu. Jangan usik-usik dorang macam mereka ni tak ada harga diri. 

Baca: [VIDEO] Kesian Makcik Ni Kena Pedajal Minum Kopi Dengan Clorox

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.