Jumlah yang duduk sama-sama ketika berada di kedai makan 9 orang, namun duduk di 4 buah meja yang berbeza, saat itu @afiq_rauf dan 8 lagi rakannya baru sahaja pulang daripada berbuka puasa di rumah salah seorang rakannya.
Masa itu, mereka mahu singgah minum-minum dan sesampainya air, tiba-tiba polis datang suruh keluarkan kad pengenalan.
Video itu, jadi viral di Twitter dan raih lebih daripada 13K retweets di Twitter dalam masa 2 hari.
Takde amaran terus kena saman.”
https://twitter.com/afiq_rauf/status/1386371809163956226?s=20
Kesemua rakan-rakannya itu dikompaun sebanyak RM1,500 termasuk dirinya, ketika dihubungi oleh Lobak Merah, Muhammad Afiq Rauf, 25 menjelaskan bahawa kejadian ini berlaku disebuah restoran di Teluk Cempedak, Pahang.
Ketika kejadian dikompaun, Afiq menceritakan bahawa mereka tiada selisih bahu.
Kami duduk 4 buah meja dengan 9 orang. Tiada selisih bahu mahupun paha. Kami minta budi bicara namun langsung tidak dilayan. Lagipun hari hujan, jadi kedai tu crowded.”
Afiq juga berkata bahawa selain dia dan rakan-rakan, ada pelanggan lain juga yang tureut dikompaun.
“Total 45 orang yang kena malam tu. Kami dah mintak boleh tak bagi amaran dulu ataupun simpan ic kami. Sebagai rekod, first warning, dia kata tak boleh,kena saman juga”
https://twitter.com/afiq_rauf/status/1386750927084785664?s=20
“Pegawai kesihatan baik dan senang nak bincang.”
Hari ini, mereka sekumpulan telah membuat rayuan, hasil perbincangan, kesemua 9 penuntut institut tinggi ini hanya perlu membayar RM 375.
“Alhamdulillah. Proses pengurangan sangat lah mudah. Pihak kesihatan sangat lah baik dalam menangani isu ini. Conclusion nya, bayar RM375 sebab student. Disebabkan saman dah keluar, tetap kena bayar. Syukur dapat kurang. Alhamdulillah.”
https://twitter.com/afiq_rauf/status/1387305567513825281?s=20