in

[VIDEO] Lari Sebab Takut Patung Besar, Kanak-Kanak Ingat Peluk Ibu Sendiri, Rupanya Tersalah Orang!

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral tentang gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang mencuri perhatian pengguna Tiktok dengan aksi lucu yang tidak sengaja dibuatnya.


Menerusi satu perkongsian video oleh pemilik akaun ecah9983 yang dimuat naik pada 2 Mei lalu yang mendapat hampir 90 ribu tontonan dengan lebih 2 ribu likes dan 60 share, video tersebut menunjukkan kanak-kanak itu kononnya nak tunjuk berani pergi ke arah maskot beruang seorang diri, siap lambai tangan lagi tau!

Tapi, selepas tak sengaja bertembung dengan maskot itu, dia terus menangis dan berlari ketakutan  ke arah keluarganya yang pada waktu itu tengah berehat sambil menikmati pemandangan di Teluk Cempedak.

@ecah9933

tak puas tegok sekli mesti tegok byk kli video nie ???? #fyp #tiktok #fyppdongg #budaknakal

♬ bunyi asal – EcAh DaU’s – EcAh DaU’s

Main peluk je

Aksi lucu kanak-kanak itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Disebabkan dia terlalu takut, dia terus lari pergi memeluk seorang wanita yang kebetulan dia pun tengah berehat di kawasan tersebut dan menyangka wanita itu adalah ibunya. Agaknya sebab baju warna sama kot?

Yang lagi sempoi, wanita itu pun layankan sahaja perangai kanak-kanak yang tersilap peluk itu. Comel je!

Selepas ditegur oleh ibu kandungnya sendiri, barulah kanak-kanak itu tersedar yang dia peluk salah orang siap tengok balik muka orang yang dia peluk itu untuk dapatkan kepastian. Sambil ‘cover’ malu, kanak-kanak itu pun kembali semula ke pangkuan ibunya yang sebenar. Memang malu weh kalau tersalah orang ni.

@ecah9933

bila anak kau salah ibu , main bedal je ??#tiktok #fyp #fypsounds

♬ bunyi asal – EcAh DaU’s – EcAh DaU’s

 

Ramai terhibur

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur tengok gelagat kanak-kanak itu dan ada juga yang berkongsi kisah diorang yang pernah alami pengalaman yang sama dalam hidup mereka. Kalau tersalah cakap dengan orang lain pun dah malu, inikan tersalah peluk pula. Fuh, memang merah padam satu muka.

Photo6096044372991781670

Photo6096044372991781669

Pengalaman macam ni biarlah cuma dijadikan kenangan. Doa lah tak buat kesilapan yang sama waktu dah besar. Confirm malu tak tahu nak sorok muka dekat mana nanti.

 

Sumber: ecah9983

Baca:Kanak-Kanak Ini Berniaga Di FB Live, Terkejut Viewers Naik Dari 4 Orang Ke 14 Ribu Orang Penonton

Capture 21

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.