Flight Berasap, Penerbangan Firefly Ke Penang Terpaksa Berpatah Balik Ke Subang Airport

Tambah ke Sumber Pilihan
Flight Berasap, Penerbangan Firefly Ke Penang Terpaksa Berpatah Balik Ke Subang Airport

Penerbangan Firefly menuju ke Pulau Pinang terpaksa kembali ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kerana sistem penghawa dingin terlalu panas dan mengakibatkan asap memenuhi kabin hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa pesawat yang didaftarkan sebagai 9M-FYG, mengalami kecacatan yang memerlukan penerbangan itu pulang.


Artikel berkaitan : Penerbangan ‘Delay’ 1 Jam Gara-gara Penumpang Enggan Letak Beg Berjenama Mewah Di Bawah Kerusi

Artikel berkaitan : Gangguan IT Global, Penumpang Penerbangan Di India Dapat Boarding Pass Bertulis

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, ketika dihubungi NST berkata, berdasarkan laporan awal, penerbangan itu mengalami kerosakan di bahagian kipas semasa berlepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malay Mail (@themalaymail)

“Menurut laporan perintis (PIREP), kegagalan kipas menyebabkan sistem penghawa dingin dalam pesawat menjadi terlalu panas, yang kemudian menyebabkan asap memenuhi kabin.”

Beliau berkata mungkin terdapat beberapa isu lain lagi dalam penerbangan itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan penumpang selamat dipindahkan ke terminal lapangan terbang SAAS.

Baru-baru ini, video viral yang memperlihatkan kabin yang dipenuhi asap itu dirakam oleh salah seorang penumpang, Harrell Erik Wong. Penerbangan tersebut telah berpatah balik hanya selepas 15 minit di udara.

Sumber : Malay Mail, New Straits Times

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Flight Berasap, Penerbangan Firefly Ke Penang Terpaksa Berpatah Balik Ke Subang Airport
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/flight-berasap-penerbangan-firefly-ke-penang-terpaksa-berpatah-balik-ke-subang-airport/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM