in

TUDM Bantu Bina Hospital Medan Bagi Merawat Pesakit Bukan Covid di Tawau, Sabah

3Medan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan di negeri Sabah ketika pandemik Covid-19 kini amat membimbangkan. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mengerahkan aset negara untuk membina sebuah hospital medan di Tawau, Sabah.


Menerusi tweet Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia @DGHisham, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pembinaan hospital medan tersebut adalah untuk kegunaan merawat pesakit bukan Covid. Untuk info lebih lanjut, korang boleh baca tweet beliau kat bawah ni.

Screenshot 2020 10 17 At 12.22.50 Pm Screenshot 2020 10 17 At 12.23.04 Pm Screenshot 2020 10 17 At 12.23.13 Pm Screenshot 2020 10 17 At 12.23.21 Pm Screenshot 2020 10 17 At 12.23.28 Pm

 

Terima kasih KKM & TUDM

Rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada KP Kesihatan atas usaha membendung penularan wabak ini di Sabah. Pihak KKM dan TUDM juga diberikan penghargaan dan doa dari netizen agar sentiasa dilindungi dari terkena wabak ini.

Screenshot 2020 10 17 At 12.23.49 PmAmiinnn. Semoga kerjasama dan usaha ini dipermudahkan. Terima kasih kepada barisan frontliners yang sanggup berkorban untuk negara.

Screenshot 2020 10 17 At 12.24.07 PmBetul tu, musuh ni kita tak nampak. Halus dan boleh meragut nyawa. Kita sebagai rakyat kena patuhi SOP untuk ringankan beban frontliners kita. Itu je cara yang kita boleh bantu.

Screenshot 2020 10 17 At 12.24.39 PmTerima kasih TUDM dan KKM. Semoga segala urusan dalam memberikan kesihatan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia dipermudahkan. 

Untuk kita rakyat Malaysia, sentiasa patuhi SOP dengan memakai facemask di tempat awam dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer. Ingat #KitaJagaKita

 

Baca: 52 Pelajar Di Melaka Jalani Swab Test Gara-gara Dua Pelajar Positif Covid-19 Dari Ibu Saudara Yang Baru Pulang Dari Sabah

Screenshot 2020 10 17 At 12.26.52 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.