in

MOT Luluskan 527 Penerbangan Tambahan Melibatkan 6 Syarikat Sempena Hari Raya

Kapal Terbang Tambahan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

527 penerbangan tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) melibatkan perkhidmatan enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, FireFly, MASWings dan MYAirline.


Menurut kenyataan di Putrajaya hari ini, MOT memaklumkan langkah tersebut diambil bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), bertujuan bagi menampung permintaan yang meningkat ketika musim perayaan terutamanya melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Sejak awal Mac, Mavcom dan MOT telah mengambil langkah proaktif dan menggalakkan syarikat penerbangan untuk menawarkan harga penerbangan berpatutan.

Gambar Pesawat

Difahamkan, syarikat penerbangan yang meminta tambahan kapasiti penerbangan  dan menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia telah diluluskan oleh Mavcom.

Dari jumlah 527 tersebut, Malaysia Airlines menawarkan 184 penerbangan tambahan, manakala Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10).

Airline Firefly

Penerbangan tambahan itu melibatkan 118 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, ke Tawau (70), ke Sandakan (32), ke Kuching (102), ke Sibu (34), ke Miri (20) dan ke Bintulu (14).

Selain itu, Mavcom turut meluluskan penerbangan tambahan lain bagi memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih banyak untuk para penumpang bagi mengatasi peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.

Baca : Syarikat Yang Tidak Patuh Jadual Penerbangan Akan Didenda Tidak Lama Lagi – Anthony Loke

3Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.