Admin yakin kebanyakan daripada kita dahulu mesti pernah naik Malaysia Airlines (MAS) kan? Bila sampai je Malaysia kalau ambil penerbangan daripada luar negara, mesti rasa sebak semacam kalau naik MAS. Vibes semangat patriotisme tu menebal dalam diri kita.
https://www.instagram.com/p/CGCOuMspXhe/
Pun begitu, setiap yang mula pasti akan bertemu pengakhirannya. Baru-baru ini, muncul berita yang mengatakan Malaysia Airlines Berhad sedia untuk ditutup sekiranya rundingan dengan pihak pajakan berhubung rancangan perstrukturan semula syarikat tersebut gagal, lapor FMT.
Malah pihak Khazanah Nasional juga bercadang untuk salur modal kepada syarikat penerbangan Firefly yang sekaligus menjadikannya syarikat penerbangan nasional yang baru menggantikan MAS.
“Sebak dengar cerita pembaca berita TV3 di London”
Susulan berita sedih itu, pembaca berita TV3 di London, Haliza Hashim berkongsi kisah suka dukanya dengan Malaysia Airlines.
Menerusi perkongsian tweet Kool FM, Haliza berkata, dia bersama keluarga memang kerap menaiki MAS semenjak tahun 1990-an lagi kerana mereka menetap di Kota London.
Malah Haliza sendiri pertama kali ke luar negara dengan menaiki MAS pada tahun 1987 dan dia memilih airlines ini kerana ia membuatkan dirinya berasa lebih selamat dan yakin untuk ke tempat baru seorang diri.
Namun saat dukanya bersama MAS ialah apabila dia ditugaskan untuk membuat liputan berkenaan pesawat MAS yang ditembak jatuh di Ukraine beberapa tahun lalu.
Apabila nampak saja serpihan pesawat yang ditembak, saya terus sebak. Saya menangis macam tak boleh berhenti. Jadi wartawan dari Eropah semua datang keliling saya dan bertanya kenapa saya sangat sedih.
“Saya cakap, Malaysia Airlines is our national pride and joy. Every Malaysian has a connection with MAS,” katanya.
Tambah Haliza lagi, ia adalah satu perkara yang menyedihkan untuk dia membuat liputan mengenai berita tersebut. Namun hari ini dia lebih sedih apabila membaca berita mengenai kemungkinan MAS bakal ditutup.
Sebak dengar cerita @HalizaTV3London , pembaca berita TV3 di London kongsikan kenangan dengan @MAS di Kool FM tadi!😢 https://t.co/NzU47tUrg0 pic.twitter.com/EVNe2YFsaW
— Kool 101 🇲🇾 (@kool101my) October 15, 2020
Apa-apapun marilah kita mendoakan yang terbaik buat MAS. Banyak dah rintangan yang syarikat ni dah lalui. Semoga semuanya baik-baik saja.