in

“Firdaus… baliklah tengok dia” – Wanita OKU Pendengaran Cari Anak Yang Telah Lama Terpisah, Kini Uzur Dan Sakit Tenat

Anak Pulanglah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanpa kasih sayang seorang ibu dan belaian cintanya, tak mungkin dapat kita dilahirkan serta dibesarkan di atas muka bumi ini. Sebab tu lah kata orang, kasih seorang ibu ni sampai ke syurga. Derhaka kepada ibu, nerakalah jawabnya.


Baru-baru ni, sebuah kisah yang menyentuh hati admin viral di Twitter berkenaan seorang gadis mencari anak kepada ibu tua yang juga seorang OKU. Menurutnya, si ibu dan anak ini dah terpisah sekian lama dan kini si ibu ini sedang sakit tenat.

Berikut admin kongsikan kisahnya. 

 

“Maktam ni OKU. So sekarang, maktam tengah sakit tua. Dah tak boleh jalan… kitorang nak cari anak dia, Firdaus” 

Menerusi perkongsian @wnnrnbhh di Twitter, dia ingin meminta bantuan orang ramai terutama netizen kat luar sana untuk menyebarkan kisah mengenai Maktam dan anaknya, Firdaus yang sudah lama terpisah.

Menurutnya, Maktam ni seorang OKU pendengaran yang mana dia juga bisu pada masa yang sama. Kini dia sedang terlantar sakit dan tak mampu buat apa-apa lagi. So di hujung-hujung usianya, Maktam sering teringat akan anaknya dari hasil perkahwinan lampau dengan bekas suami. 

12
sumber: twitter

 

“Mungkin dia tak boleh cakap mengenainya, tapi orang lain boleh nampak kesedihan di matanya. Dari matanya dah ceritakan segalanya”

11

D4Oih4Jueaa84Vs

D4Oih6Ruiaamhzc
sumber: twitter

 

“Lepas cerai je mak balik kampung, But, maktam tak faham cerai ni macam mana, dia pernah pergi melawat anak dan bekas suami…” 

Mak Tam 3
sumber: twitter

 

“Baliklah Firdaus, jangan buat mak macam tu” 

Min yang baca kisah ni pun terasa sebak pulak tambah-tambah bila tengok keadaan Maktam yang tak berdaya tu. Apatah lagi netizen kat luar sana kan?

Rata-rata netizen yang bersimpati dengan kisah Maktam memberi pelbagai suggestion antaranya suruh periksa di JPN atau sebarkan kisah ini di Facebook yang lebih banyak audiensnya.

Cari
sumber: twitter

Bagi korang yang ada info ataupun mengenali Firdaus serta keluarga terdekat Maktam, boleh je DM akaun Twitter @wnnrnbhh atau Whatsapp di nombor 018-4743049. Sama-sama kita bantu cari anak Maktam. 

Baca: “Mak awak comel!” – Suka Tengok Reaksi Si Ibu Bila Anak Belikan Hadiah Telekung Baru

Peace Cik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.