Filipina Wajibkan Penjawat Awam Untuk Senyum Semasa Berkerja Atau Dihukum!

Jadikan sumber pilihan di Google
Filipina Wajibkan Penjawat Awam Untuk Senyum Semasa Berkerja Atau Dihukum!

Sumber: Gambar Hiasan

Penjawat awam boleh dikatakan ‘tulang belakang’ kepada kerajaan kerana mereka adalah antara yang berkhidmat untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan pengurusan negara.

Tapi korang tahu tak di negara Filipina sana, kerajaan mereka telah mewajibkan untuk semua penjawat awam di sana sentiasa senyum. Kalau tak, mereka boleh dikenakan tindakan! Dengar macam pelik kan?


 

Ramai complain tak friendly

Aristotle L Aguirre, datuk bandar perbandaran Mulanay di Quezon, telah merangka ‘dasar senyuman’ untuk menangani masalah yang berlaku dalam kalangan penjawat dimana mereka kurang senyum terhadap orang awam.

Menurut Yahoo! News, Polisi ini juga dirangka kerana kerajaan menerima banyak aduan daripada orang awam yang mengatakan penjawat awam kurang ramah.

1794Sumber: The Guardian

“Mana-mana penjawat awam yang melanggar aturan sedemikian akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti tindakan tatatertib atau dilucutkan jawatan mengikut budi bicara pihak berkuasa.”

Namun, dasar ini hanya berkuatkuasa di Mulanay, Quezon dan akan dilaksanakan ke seluruh Filipina. Keputusan ini dibawah Akta Republik No. 6713 yang bertujuan menggalakkan standard etika dalam perkhidmatan awam.

Korang rasa patut tak dasar ni dibuat di Malaysia? Cuba kongsikan pandangan korang.

Baca: Suka Hati Letak Kapsyen Sabah Di Filipina, FB Page Ini ‘Diserang’ Rakyat Malaysia!

Screenshot 2022 07 13 At 12.31.47 Pm


Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Filipina Wajibkan Penjawat Awam Untuk Senyum Semasa Berkerja Atau Dihukum!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/filipina-wajibkan-penjawat-awam-untuk-senyum-semasa-berkerja-atau-dihukum/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen