in

Suka Hati Letak Kapsyen Sabah Di Filipina, FB Page Ini ‘Diserang’ Rakyat Malaysia!

Fi Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu negeri Sabah dituntut oleh negara  Filipina bukanlah satu isu yang baru pertama kali kita dengar. Jika dilihat dari konteks sejarah, Sabah atau nama zaman jajahannya Borneo Utara sejak dulu lagi telah menjadi rebutan kuasa luar.


Oleh sebab itu, walaupun telah berdekad lamanya negeri di bawah bayu ini bersama-sama 13 negeri lain menjadi sebahagian daripada Malaysia, tetapi ahli-ahli politik Filipina sehingga kini masih lagi memainkan sentimen politik bagi menuntut negeri Sabah daripada Malaysia.

Baru-baru ini, telah munculnya sebuah Facebook Page yang mendakwa kawasan-kawasan di negeri Sabah itu merupakan sebahagian daripada wilayah Filipina.

My Beautiful Afternoon. LAHAD DATU, SABAH. SOUTHERN PHILIPPINES ??

Posted by ASEAN Skyline on Monday, March 7, 2022

Tindakan sebuah Facebook Page yang dikenali sebagai ASEAN Skyline ini suka hati menggunakan kapsyen “Lahad Datu, Sabah, Selatan Filipina” telah mendapat perhatian kebanyakan rakyat Malaysia.

Posting yang telah dimuat naik pada Isnin lalu ini dilihat sehingga ke hari ini telah ‘diserang’ oleh ramai rakyat Malaysia dek kerana bengang dengan apa yang telah dilakukan.

Komen Sabah 7

Ramai pakar dan sejarawan telah pun membuat kajian dan memberi hujah berkenaan isu ini. Dikatakan memang tidak dinafikan negeri Sabah pernah menjadi sebahagian daripada kawasan Kesultanan Sulu. Namun, ia telah pun dihapuskan dan tidak lagi diiktiraf sebagai satu entiti politik sejak tahun 1898 lagi.

Sama juga seperti Kesultanan Melaka yang dulunya gilang-gemilang, Kesultanan Pattani di Siam, Kesultanan Riau-Lingga yang dimansuhkan oleh Belanda dan Kesultanan Siak di Indonesia. Kesemuanya pernah melalui satu era kegemilangan pada zaman dahulu, tetapi kini tidak lagi diiktiraf dalam politik.

Jadi, kebanyakan mereka berpendapat bahawa tuntutan terhadap negeri Sabah yang dilakukan oleh negara Filipina ini adalah tidak munasabah.

Apa komen korang pula?

Sumber: Facebook & Astro Awani

Baca: 19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Buat ‘Meeting’ Rahsia Rancang Nak Serang Sabah Tahun Depan?

Baca Sabah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.