in

Filem Mat Kilau Kutip RM90 Juta, Penerbit Nak ‘Reward’ Kru Produksi Pergi Tunai Umrah, Tawar Biasiswa Untuk Anak Yatim

Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Mat Kilau tak lain tak bukan mendapat satu fenomena yang mengejutkan dalam industri perfileman Malaysia dimana meraih kutipan tiket sebanyak RM90 juta dalam masa lebih kurang 30 hari sahaja!


Filem ini terus merangkul filem kutipan tiket yang tertinggi di Malaysia mendahului filem Munafik 2 (RM48 juta) dan Hantu Kak Limah (RM36 juta).

Filem sulung terus dapat sambutan hangat!

Turut mendapat kejutan yang luar biasa oleh penerbit filem, Rahman iaitu dari Studio Kembara Sdn Bhd apabila meraih sebegitu banyak jumlah kutipan memandangkan ini merupakan filem sulung terbitan mereka.

Menurut mStar, kutipan yang positif ini akan memberi faedah dan ganjaran kepada barisan pelakon dan produksi yang terlibat dalam proses pengembaraan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Image 67

Dapat pergi tunai umrah sekali

Bukan sahaja diberikan ganjaran bonus, malah penerbit filem itu juga memaklumkan akan memberi hadiah dalam bentuk ibadah umrah kepada kru produksi dan semua pihak yang menjayakan filem tanpa ada lebih dan kurang.

“Syukur dengan nilai kutipan, kita telah berjaya pulang modal. Namun tidak perlulah saya beritahu jumlahnya kerana ia masih ditayangkan. Penonton juga boleh kira sendiri.”

“Dengan pencapaian ini, saya juga akan beri imbuhan yang munasabah kepada semua produksi. Mungkin bukan hanya wang ringgit tetapi boleh juga berikan hadiah dalam bentuk pakej ibadah umrah.”

1626801

Nak tawar biasiswa untuk anak yatim

Rahman juga ada memanjangkan hasrat untuk menawarkan biasiswa kepada anak-anak yatim dari segi membantu mereka dalam pembiyaan sekolah dan pelajaran.

Semua perkara ini akan dilaksanakan sehabis sudah tayangan filem Mat Kilau ini tamat tayangan di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Selain itu saya merancang untuk membantu anak-anak yatim yang susah dan memberikan biasiswa kecil untuk pembiyaan sekolah.”

Beliau juga berharap agar rakyat Malaysia kekal memberikan sokongan kepada industri perfileman Malaysia demi mengekalkan kualiti filem tanah air dan membawa filem tempatan ke persada dunia.

Baca: Skrip ‘Mat Kilau 2.0’ Sudah Ditulis Oleh Penulis Asal, Janji Lebih Menarik & Gempak

Screenshot 2022 07 28 At 3.05.03 Pm

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.