in

10 Kes Rogol Dilaporkan Berlaku di Malaysia Setiap Hari

Raped

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini…tak….kelakar… Yup!


Menurut laporan negara mengenai Hak Asasi Manusia yang dikeluarkan oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Malaysia mempunyai sejumlah 28,741 kes rogol antara tahun 2005 dan 2014.

Berdasarkan statistik, laporan itu menganggarkan secara purata bahawa 10 wanita dirogol setiap hari di Malaysia, dengan separuh daripada mereka adalah remaja di bawah umur 16 tahun.

636030633731929494 1697262968 Rape
gambar hiasan

Laporan itu turut menyatakan bahawa menurut statistik pihak polis, 4,807 kes keganasan rumah tangga, 2,045 kes rogol dan 1,590 kes gangguan seksual dilaporkan pada tahun 2014. Rasanya lebih daripada jumlah tu kot kes macam ni..

Menurut kajian, salah satu penyebab wanita tidak membuat laporan tentang insiden sebegitu kepada pihak berkuasa adalah kerana ‘kurangnya rasa simpati terhadap mangsa daripada pasukan polis yang kebanyakkannya adalah lelaki’.

Menurut laporan tersebut:

Kebanyakan hospital kerajaan di kebanyakan negara mempunyai krisis di mana mangsa rogol dan penderaan domestik boleh membuat laporan tanpa perlu ke balai polis. NGO dan parti-parti politik juga memberi kerjasama dalam menyediakan kaunseling kepada mangsa rogol.”

Tambahan pula, persatuan-persatuan wanita menekankan bahawa mahkamah di Malaysia tidak konsisten tentang memberi kesedaran kepada perogol. Jika di Malaysia, hukuman maksimum bagi kesalahan merogol adalah 20 tahun penjara dan sebatan.

Z 4
gambar hiasan

Ramai aktivis hak wanita mengkritik perkhidmatan sokongan yang diberikan kepada mangsa rogol, menganggap mereka tidak memberi sokongan yang cukup serta memerlukan perubahan.

Laporan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), Malaysia mempunyai purata hampir 3,000 kes rogol dilaporkan antara tahun 2006 dan 2015, dengan jelas membuktikan bahawa jumlah kes ini tidak berkurang.

Jumlah keseluruhan dilaporkan itu sangat membimbangkan wanita di Malaysia yang pasti mempersoalkan tahap keselamatan diri ketika berseorangan atau keluar pada waktu malam. Harap-harap jumlah kes jenayah seperti ini akan berkurang.

Malaysia masih aman?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.