“Feeling2 kondo” – Penduduk Marah Terpaksa Beratur Panjang, Rupa-rupanya Sebab…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Feeling2 kondo” – Penduduk Marah Terpaksa Beratur Panjang, Rupa-rupanya Sebab…

Semalam, tular satu video di TikTok memaparkan penduduk di sebuah apartment terpaksa beratur panjang sebelum dibenarkan masuk ke kawasan apartment tersebut. Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa para penduduk pulang dari kerja.

Apartment tapi feeling2 kondo?

Menurut pemilik video, sebelum ini rider penghantar makanan pernah ‘terkena’ dan kali ini semua penduduk pula perlu beratur panjang untuk memasuki kawasan kediaman tersebut.


Bila Mentari Court feeling2 kondo. Hari tu buat naya food panda & grab. Kali ni semua penduduk. Terbaik.. dengan lif rosak memanjang blok A… – kapsyen video

Melihat keadaan itu, ada netizen di ruangan komen bercakap tentang masalah fasiliti apartment tersebut. Namun, segelintir netizen masih memuji keadaan apartment itu yang bersih dan teratur.

Mentari 1

Artikel berkaitan: “Sistem kutipan tak efisyen” – Penduduk Pulau Redang ‘Dihantui’ Bau Sampah Yang Tidak Dikutip

Artikel berkaitan: “Kenapa Harus Digali?” – Netizen Marah Penduduk Gali Semula Kubur Lepas Dengar Bunyi Dentuman

Sistem baharu dalam tempoh percubaan

Walau bagaimanapun, pemilik video itu memuat naik lagi satu video mengenai notis daripada pihak pengurusan apartment tersebut.

Dalam notis itu, pihak pengurusan Mentari Court memaklumkan kepada semua penduduk mengenai sistem palang automatik pejalan kaki yang akan diaktifkan sepenuhnya pada 2 Disember 2023, 10 pagi.

Namun begitu, pihak pengurusan akan menjalankan percubaan sistem itu pada 16 November 2023 iaitu semalam. Para penduduk juga perlu mendapatkan kad pejalan kaki di pejabat pengurusan bagi memudahkan urusan keluar dan masuk pintu utama.

Ada netizen di ruangan komen meluahkan rasa tidak puas hati kerana notis itu dikeluarkan dua hari sebelum tempoh percubaan bermula.

Mentari 2

Fuh.. nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak kena beraturlah dalam hujan..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Feeling2 kondo” – Penduduk Marah Terpaksa Beratur Panjang, Rupa-rupanya Sebab…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/feeling2-kondo-penduduk-marah-terpaksa-beratur-panjang-rupa-rupanya-sebab/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM