“F*ck you botak” – Akaun Twitter MCMC Didakwa Kena ‘Hack’, Netizen Jumpa Puluhan Tweet ‘Rempit’ & Mesej Mencurigakan

Tambah ke Sumber Pilihan
“F*ck you botak” – Akaun Twitter MCMC Didakwa Kena ‘Hack’, Netizen Jumpa Puluhan Tweet ‘Rempit’ & Mesej Mencurigakan

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita sebagai netizen untuk follow akaun Twitter agensi kerajaan macam contoh Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain lagi untuk dapatkan update pantas mengenai isu semasa.

Walau bagaimana akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau MCMC semalam telah mengejutkan warga Twitter selepas netizen menjumpai puluhan tweet lama daripada akaun tersebut dari tahun 2014 yang agak mencurigakan. 

Menurut perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook, akaun Twitter MCMC yang mempunyai hampir 70,000 pengikut itu katanya mempunyai ‘tweet lama’ yang menggunakan kata-kata kesat, seperti yang dijumpai netizen di bawah.

AkhiSumber: Facebook

Menerusi pendedahannya, rupanya akaun Twitter tersebut telah dibeli daripada seseorang sebelum ia kemudian ditukar menjadi akaun rasmi MCMC. Namun admin tidak pasti sejauh mana kebenaran tersebut.

“Akaun Twitter rasmi telah diceroboh” – MCMC 

Pun begitu, tidak lama selepas pendedahan netizen, akaun Twitter tersebut kemudian telah digantung dan pihak MCMC mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan akaun rasmi mereka telah diceroboh.

Menurut MCMC, orang ramai diminta untuk tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan dan ia BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC.

Isu ini juga mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila salah satu tweet tersebut dikaitkan dengan beliau yang kini botak. Aduhai… sabar ye YB. 

SyedSumber: Twitter

Harap MCMC akan kembali dengan akaun Twitter baru nanti. 

Baca: Darurat Kini ‘Trending’ Di Twitter, Netizen Tak Puas Hati Anggap Ia Sebagai ‘Drama’ Politik?

Ft Darurat Final

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“F*ck you botak” – Akaun Twitter MCMC Didakwa Kena ‘Hack’, Netizen Jumpa Puluhan Tweet ‘Rempit’ & Mesej Mencurigakan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/fck-you-botak-akaun-twitter-mcmc-didakwa-kena-hack-netizen-jumpa-puluhan-tweet-rempit-mesej-mencurigakan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM