in

“Famous padahal scammer” – Influencer Kantoi ‘Beli Followers & Likes’ Sebab Nak Dapat Makanan, Barang FREE

Feature2 3

Baru-baru ini, seorang pengasas pembekal makanan segar dan sejuk beku Frozendozen mendedahkan tentang seorang ‘influencer’ dan telah mendapat perhatian ramai di Facebook.

Menurut wanita bernama Venie itu, dia telah dihubungi ‘influencer’ dari Singapura tersebut yang mendakwa nak bantu perniagaan lokal kecil-kecilan. ‘Influencer’ bernama Xue Wei itu atau dikenali dengan An Affair With Food dan mempunyai lebih 22,000 followers.

Review8

Ketika menghubungi Venie, Wei meminta agar dia diberi tajaan makanan selama 3 bulan dan sebagai balasan dia akan promote produk tersebut di Instagram. Katanya, untuk bantu peniaga kecil yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 ni.

Tapi rupa-rupanya scammer! Sebab apa? Baca selanjutnya.

 

Kata nak support, tapi minta caj pulak

Tapi, bila Venie mesej dekat Whatsapp dan tanya kalau dia boleh buat ‘giveaway’ untuk followers, Wei kata untuk servis tu dia caj harga lain. Dia siap claim sebelum ni ada buat ‘giveaway’ untuk produk lain dan berjaya dapat sampai 400 komen dari followers.

Scam5

Lepas tu, Venie cuba ‘korek’ maklumat dan dapat tahu rupa-rupanya Wei punya engagement dekat Instagram cuma 50-60 orang je! Venie rasa peliklah sebab followers sampai 22.3k tapi gambar-gambar dia tak sampai 100 likes pun!

 

Check dekat Social Blade, sekali…

Kantoi! Engagement rate dia 0.95% je. Maknanya dia beli followers jela nak nampak banyak! Korang tengok sendiri rekod dia dekat Social Blade:

Scam4

 

Beli followers, beli likes!

Venie pun rasa tertipu dan hubungi Wei semula untuk minta balik bayaran makanan yang dah dihantar kepadanya. Sebelum tu pun, Venie ada cakap dia boleh bagi makanan tapi tak jadi buat ‘giveaway’ sebab bayaran tu tapi Wei kemudian cakap dia boleh buat ‘giveaway’ tu secara percuma je

Tapi, bila Venie check semula dia perasan yang bukan setakat followers tapi likes pun Wei beli tau! Tengok perbandingan yang Venie tunjuk dekat bawah ni:

Scam6

Review13

Review5

 

Ramai peniaga dah kena juga, memang jenis nak barang & makanan percuma

Tak pasti apa yang dah terjadi antara mereka berdua selepas perkongsian Venie ini menjadi viral di Facebook. Tapi, Venie dedahkan juga rupa-rupanya ramai peniaga lain dah kena juga dengan Wei sebelum ni.

Scam1

Scam2

Scam3

So, kepada mana-mana peniaga jangan mudah percaya bila tengok followers tu ramai. Make sure check dorang punya likes dekat gambar/video. If macam sikit sangat maknanya dia beli followers lah tu!

Baca: “E-mengemis mudah kalau awek yang buat” – Gadis Instafamous Kena Kecam Sebab ‘Minta’ Duit Raya Online

E Mengemis

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook