in

“Tak boleh bernafas, sakit dada” – Pesakit Covid-19 Belum Divaksin Kongsi Pengalaman, Gesa Semua Ambil Vaksin

2Sakit E1628411885721

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, dunia masih lagi dalam tempoh pandemik dan virus Covid-19 ini mampu membunuh. Sehubungan dengan itu, semua negara diseluruh dunia sedang mempercepatkan urusan pemberian vaksin kepada rakyat mereka bagi membendung penularan wabak ini.


Buat korang yang dah pulih dari wabak ini, min doakan korang sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan cepat-cepat ambil vaksin bila keadaan mengizinkan. Untuk korang yang terlindung dari wabak ini dan masih belum ambil vaksin, min ada satu video nak share dengan korang.

Satu video yang dikongsi di Facebook ABC News ada menunjukkan seorang pesakit Covid-19 ditemubual. Pesakit yang masih terlantar di hospital itu sangat menyesal kerana tidak mengambil vaksin apabila ada peluang. Korang boleh tengok video yang min cakap tu kat bawah ni.

Unvaccinated COVID-19 patient urges others to get vaccinated, tells ABC News his experience

"This is it. This is super real."Marcus Moore speaks with an unvaccinated COVID-19 patient being treated at Willis-Knighton Hospital in Shreveport, Louisiana since late July, who tells of his experience and urges others to get vaccinated. https://abcn.ws/3rU6piZ

Posted by ABC News on Thursday, August 5, 2021

 

Tak boleh bernafas, sakit dada

Dalam video temubual itu, wartawan tersebut bertanya beberapa soalan kepada Curtis Cannon, pesakit Covid-19 yang belum divaksin. Dalam temubual itu, Cannon berkata yang beliau pada mulanya agak skeptikal dengan vaksin atas beberapa faktor yang tidak dikongsi. Beliau juga berkata akan mengambil vaksin selepas kesakitan yang diamalinya ketika ini selesai.

Cannon juga berpesan kepada semua yang masih belum mengambil vaksin untuk berbuat demikian secepat mungkin. Ini kerana kesakitan yang dialaminya menyukarkannya untuk bernafas dan sakit dada yang sangat teruk.

I tell them to get vaccinated, because this isn’t fun”

Screenshot 2021 08 07 At 1.55.21 PmApabila ditanya bila agaknya beliau dibenarkan keluar, Cannon menjawab “I have no idea”. Kesakitan yang dialami beliau akibat Covid-19 sangat teruk dan kini beliau masih terlantar di hospital dengan bantuan pernafasan.

Min harap siapa yang masih belum daftar vaksin tu, daftar sekarang. Lagi cepat kita daftar, lagi cepat dapat vaksin. Bila dah capai imuniti kelompok, makin rendah kebarangkalian untuk kita terlantar di hospital akibat wabak ini.

 

Baca: Pesakit Terpaksa Baring Luar Jabatan Kecemasan, Kerajaan Hantar 60 Katil ‘Extra’ Ke HTAR

Screenshot 2021 08 07 At 2.07.10 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.