in

“Yang ni lagi merepek, kembang tekak woi”- Lelaki Cuba Resipi ‘Nasi Oreo’ Lepas Tu Menyesal

Kom 1

Laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter merupakan platform untuk orang ramai berkongsi pelbagai perkara seperti pengalaman, percutian, fesyen, petua dan banyak lagi lah.

**Tak dinafikan ada juga yang menjadikan platform socmed ni sebagai tempat yang negatif, tapi buat masa ni kita ignore dulu okay.

Cuma yang menarik untuk admin kongsikan kali ini mengenai kisah seorang lelaki yang berkongsi resipi ‘unik’ di laman twitternya.

 

Nasi Oreo?

Baru-baru ini tular gambar dan video penyediaan ‘Nasi Oreo’ di laman twitter. Sebenarnya difahamkan yang posting tersebut dah lama iaitu 4 tahun lepas namun ia menjadi tular semula selepas ia dimuatnaik kembali.

Oreo Rice
Sumber : twitter

Posting asal resipi ‘Nasi Oreo’ tersebut sebelum ini pernah dimuatnaik seorang lelaki warga Singapura, Md Amienudin Dinoh yang juga merupakan seorang pekerja IT di laman twitternya @mdamndn.

Menurut mStar, Md Amienudin, 24 tahun berkata dia mendapat ilham penyediaan Nasi Oreo tersebut selepas menonton sebuah video di lama web Buzfeed.

So, lepas tu dia buat sendiri nasi tersebut, siap share video tutorial tu lagi guys…korang jangan pelik-pelik pulak nak cuba.

Ilham

Bahan-bahan dan cara penyediaan 

Buat korang yang rasa terdetik nak mencuba Nasi Oreo tersebut, amie ada sediakan sedikit info cara-cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan.

Jangan salahkan admin, kalau korang rasa kembang tekak lepas makan benda ni eh! Haha

  1. 2 senduk nasi yang telah dimasak
  2. Susu segar
  3. 2 paket oreo

SIAP!

4 Tahun Lepas

Kom

Resipi Cekodok Oreo?

Tapi korang jangan fikir bukan-bukan pulak, sebab amie ni sebenarnya memang pencinta biskut oreo sebab tu dia cuba pelbagai resepi menggunakan biskut feberet dia tu.

Malah sebelum ni dia pernah buat cekodok oreo guys!

Cekodok Ore

Namun rata-rata netizen beranggapan resipi Nasi Oreo tersebut pelik dan menjijikkan..Iyelah siapa jer terfikir nak buat resipi tu kan?

Malah mereka mengatakan lebih baik makan biskut tu begitu sahaja berbanding di campur dengan nasi.

 

“Kembang tekak just by looking at it” – Netizen

1 25
Sumber : twitter

2 22

Terpulang kepada deria rasa dan kreativiti masing-masing. Tak salah mencuba kan? Kahkahkah!

Baca : Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Tips Masak Kari Campur Milo & Nescafe Ini

Milo Kari