in

Everest Ditutup Isnin Ini, Pencarian Pendaki Hilang Terpaksa Sambung Tahun Depan Jika Belum Jumpa

Pencarian Pendaki Hilang Everest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah memasuki hari kelapan hari ini operasi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, dan masih belum ada perkembangan positif.


Sumber mengatakan bahawa masa yang ada kian suntuk iaitu berbaki kurang empat hari sebelum kawasan pergunungan Everest ditutup sepenuhnya kepada semua pendaki bermula Isnin hadapan atas faktor keselamatan.

Operasi SAR disambung tahun depan jika belum jumpa

Kerajaan Nepal akan menanggalkan serta mengeluarkan semua khemah, tali dan tangga menuju ke puncak Everest bermula dari lokasi Base Camp Everest sehingga ke Kem 4.

346487727 255793506933395 3980191520014382310 N

Misi mencari dan menyelamat (SAR) mengatakan pencarian Muhammad Hawari terpaksa dihentikan jika belum menjumpai jejaknya sehingga 28 Mei ini (Ahad).

Jika operasi SAR mahu disambung semula, ia hanya boleh dilakukan pada musim pendakian tahun hadapan di antara bulan April hingga Mei 2024.

Difahamkan, pencarian mangsa semalam difokuskan sekitar kem 4 berikutan terdapat kemungkinan mangsa naik semula menuju ke puncak Everest selepas berada di Kem 4 sebelum mengalami kemalangan.

Seramai lapan malim gunung profesional digunakan bagi mengesan mangsa di Kem 2, Kem 3 dan Kem 4 berhampiran pergunungan Everest.

20220803 Mt Everest New Basecamp 2

Kerajaan peruntuk sebanyak RM1.48 juta untuk operasi SAR

“Kos mencari dan menyelamat mangsa dijangkakan akan terus meningkat setiap hari disebabkan tiada sebarang jejak yang ditemui setakat ini selain kawasan pencarian yang semakin luas,” katanya.

Difahamkan, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR mangsa.

Muhammad Hawari sebelum ini berjaya menawan puncak Everest pada Jumaat lalu sebelum didapati hilang ketika berada di Kem 4.

Dia disyaki turun ke Kem 3 bersendirian tanpa pengetahuan pihak operator sebelum kehilangannya disedari malim gunung yang memaklumkan kehilangannya.

Kedutaan Malaysia di Nepal turut berikhtiar mengesan mangsa menggunakan isyarat telefon bimbit digunakannya.

Namun, usaha itu menemui jalan buntu apabila isyarat terakhir dikesan adalah pada 6 Mei lalu.

Baca: 1 Hilang & 1 Lagi Maut, Netizen Persoal Wajarkah Naik Gunung Everest Jika Undang Bahaya?
Misi Everest Bahaya Meninggal Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.