in

Ramai Persoal Hukum Mendaki Gunung Everest, Ini Jawapan Mufti WPKL

Ft Gunung Everest Mufti Wpkl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, berita tempatan digemparkan dengan isu kehilangan pendaki OKU (Orang Kelainan Upaya) dikenali sebagai Muhammad Hawari yang dilaporkan hilang sehari selepas dia berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest.

Susulan itu, segelintir warganet telah berkongsi pendapat mereka mengenai isu tersebut di Twitter sekali gus mempersoal hukum mendaki gunung tersebut sampaikan ada individu mengatakan aktiviti tersebut seperti menggali kubur sendiri.


Screenshot 11 1

Screenshot 12 3

Screenshot 13 1

Disebabkan perdebatan yang berlaku dalam kalangan netizen, orang ramai telah merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui laman web rasminya.

Jawapan Mufti WPKL

Menurut laman web rasmi Mufti WPKL, Islam amat menggalakkan penganutnya untuk mengambara, melihat dan berfikir akan kebesaran Allah SWT yang menjadikan setiap sesuatu di atas dunia ini.

Pengembaraan seperti ini akan lebih menguatkan lagi keimanan seseorang jika setiap apa yang dilihat serta dilaluinya itu dikaitkan dengan Maha Pencipta. Firman Allah SWT:

هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

(Al-Hasyr: 24)

Maksudnya: Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Epwrk1Hwkaavoht

Oleh itu, telah terjawab isu sedemikian berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti WPKL mengenai hukum mendaki Gunung Everest.

Kalau bab hukum dan fatwa ni lebih baik kita refer sumber yang dipercayai dari buat andaian sendiri..

Sumber : Laman Web Rasmi Mufti WPKL

Baca : Kecoh! Influencer Makan Sotong Hidup Semasa Bercuti Di Thailand, Ini Penjelasan Mufti WP

Ft Masya Makan Sotong Hidup 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.