Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan tragedi dahsyat yang menimpa dua pendaki Gunung Everest dari Malaysia yang mana salah satunya meninggal dunia dan seorang lagi hilang serta belum ditemui.
Memetik laporan Berita Harian, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, yang juga Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di gunung tertinggi dunia itu.
Manakala pendaki orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim, 33, pula dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu. Beliau didakwa hilang selepas turun dan berehat di kem empat selepas berjaya menawan puncak Everest pada 8,848 meter dari paras laut.
Sehingga kini, usaha pencarian giat dijalankan termasuklah menyampaikan maklumat kehilangan Hawari ke semua kem dan menjejaki telefon bimbitnya.
Update on Instagram from mountaineer Nga Tenji Sherpa on the search of missing Malaysian deaf climber Hawari Hashim who disappeared 5 days ago after summiting Everest.
“We are under the searching rescue operations of my friend Hawari from Malaysia. Pray for @/hawariwari” https://t.co/8dRrcg8LBh pic.twitter.com/9ZfwwrXXbx
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) May 23, 2023
“Sudah-sudahlah hantar orang ke tempat ini”
Susulan daripada dua tragedi yang menimpa pendaki-pendaki dari Malaysia ini, netizen di media sosial meluahkan rasa sedih dan bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang lain mengikuti misi tersebut.
Ada juga pada masa yang sama mempersoal keperluan misi sebegini diteruskan kerana ia dirasakan sangat bahaya dan kos mendaki serta search and rescue (SAR) yang dijalankan juga menelan jumlah wang yang banyak.
“It’s all about passion”
Walau bagaimanapun, komen sebegini telah disangkal netizen lain yang berpendapat tujuan para pendaki ini menawan Everest ia kerana passion mereka terhadap aktiviti pendakian dan impian sejak dari awal.
Malah isu ajal dan maut juga tidak patut dipersoalkan ramai kerana perkara yang berlaku adalah sesuatu yang tidak jangka dan ia adalah ketentuan Tuhan.
Apa-apapun sebaiknya kita doakanlah yang terbaik buat pendaki-pendaki kita yang berada di sana dan semoga jenazah Allahyarham Awang berjaya dibawa turun dengan selamat.
Doakan juga semoga Hawari berjaya ditemui dengan baik walaupun dakwaan mengatakan kemungkinan peluang untuk beliau ditemui hidup adalah tipis pada ketika ini.
Baca: Pesara TNB Berusia 64 Tahun Jadi Warga Malaysia Tertua Takluk Gunung Everest