“Erection ke election?”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Amboi, amboi, amboi! Dengar je tagline ni sure korang tahu lah nak cakap pasal siapa. Rasanya semua orang dah sedia maklum yang Azwan Ali bakal bertanding melawan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali esok.

Terhibur dengan cara baru calon bebas DUN Bukit Antarabangsa nak tawan hati pengundi, pelakon Sharnaaz Ahmad ada muat naik satu video kat Instagram dia.

Sumber: Instagram

 

Rendang free untuk rakyat

Dalam video tu, Azwan Ali dilihat sedang membebel sambil masak rendang bawah khemah. Memang lain dari yang lain pendekatan yang dipilih, Azwan berkempen dengan memberi rendang percuma kepada penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa.

Rendang daging ada, rendang ayam pun ada!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Erection ke election?”

Waktu duk membebel, Azwan berterima kasih kepada team yang banyak membantu dia berkempen dan masak rendang. Tapi ntah kat mana silapnya, Azwan tersasul sebut perkataan pilihan raya dalam bahasa Inggeris.

“Terima kasih (kepada) kru-kru, rahmat-rahmat Ilahi, menjelang erection. Erection ke election? Election la bodoh!” kata Azwan sambil berpakaian serba pink.

Sumber: Facebook

 

Ramai nak undi Azwan lepas tengok video

Melihat gelagat Azwan, Sharnaaz menyatakan yang dia teringin nak tengok Diva AA kita ni masuk parlimen. Ramai tergelak lepas tonton video tu dan siap bayangkan macam mana suasana kecoh kat parlimen nanti kalau bila Azwan Ali bukak mulut.

Katanya dorang rasa macam nak undi Azwan Ali je nanti sebab Diva AA ni mungkin boleh buat kita semua pecah perut bila tengok perdebatan dia dalam parlimen nanti.

Sumber: Media Hiburan

Macam-macam lah pilihan raya tahun ni kan. Admin pun tak pernah jumpa orang masak rendang masa berkempen. First time ni. Pape pun, esok jangan lupa keluar awal untuk mengundi ye. Buat pilihan bijak!

Baca: Bertanding PRU14 Dengan Abang Sendiri, Ini 6 Perkara Tentang Azwan Ali Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.