Sejak akhir-akhir ni banyak sangat berita tentang kes rogol yang berlaku kepada budak bawah umur. Pedih hati admin mendengarnya. Tambah-tambah lagi kalau perkara ni dilakukan oleh orang seperti bapa tiri yang sepatutnya jadi pelindung anak tersebut!
Menurut Utusan Borneo, seorang lelaki berusia 33 tahun dari Kuching telah ditahan semalam (6 November) kerana merogol anak tirinya yang berusia 10 tahun sejak dari tahun lepas lagi. Aduh gilanyaaa!
Mangsa trauma nak pulang ke rumah sebab tak mahu bertembung dengan bapa tiri
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, SAC Denis Leong berkata, sebuah laporan polis dibuat oleh mangsa dan ahli keluarganya pada 4 November lepas yang membawa kepada penangkapan suspek di sebuah bilik hotel dekat Jalan Lapangan Terbang semalam.
Kes ini mula terbongkar apabila mangsa ‘trauma’ untuk pulang ke rumah dari tinggal di rumah nenek. Lepas didesak-desak akan kenapa sebabnya, mangsa akhirnya buka mulut dan menceritakan pengalaman hitam yang dialami hingga menyebabkan dia tak mahu lagi bertembung dengan bapa tirinya itu.
Rogol anak tiri ketika isteri tengah berpantang
Lebih mengejutkan, mangsa bukan kena rogol sekali tetapi berkali-kali dalam tempoh setahun yang lalu. Dalam laporan, mangsa juga memberitahu yang suspek sering melakukan perbuatan itu pada tengah malam ketika dia sedang tidur di ruang tamu rumah keluarga.
Semua ini juga dikatakan bermula ketika ibu mangsa baru saja melahirkan bayi dan dalam tempoh berpantang, di mana pada bapa tirinya mula mengambil kesempatan terhadap budak tersebut.
Kes ini sedang disiasat di bawak Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan suspek ditahan polis sehingga 13 November ini.
Inilah yang orang kata harapkan pegar, pegar makan padi!
Baca: Gadis 15 Tahun Dipukul & Gantung Sampai Mati Sebab Melawan Ketika Cuba Dirogol