in

“Eeee bontot!” – Tasha Shilla Diceramah Netizen Kerana Gambar di Instagram

Tas2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali namanya disebut, pasti ramai yang akan mengaitkan aktres ini dengan pelbagai kontroversi sepanjang perjalanan seni di tanah air. Bukan kerana bakat dan potensi kerjaya, malangnya nama Tasha Shilla lebih dikenali kerana cerita-cerita sensasi, kisah cinta dan kehidupan sosialnya. Nama Tasha juga sering kali disebut kerana penampilannya yang menjolok mata.


Bukan kali pertama berpenampilan seksi, Tasha telah memuat naik satu gambar di laman Instagram semalam dengan memakai seluar pendek yang hampir menampakkan punggung! Memakai baju yang dengan fesyen londeh menampakkan bahu, Tasha bagaikan mengundang kecaman netizen yang sememangnya sentiasa tertunggu-tunggu di hadapan keyboard.

T1
sumber: instagram

Tasha yang dilihat sedang seronok bercuti di pantai menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen gambarnya. Oleh sebab tindakan memuat naik gambar sebegitu, ramai netizen yang berpendapat bahawa pemilik nama Natasha Sheila binti Abdul Razak itu sengaja mahu menimbulkan kontroversi demi menaikkan semula popularitinya, lapor mStar.

“Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi,” kata seorang netizen.

“Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik,” tulis seorang lagi netizen.

T3
sumber: instagram

Selain tohmahan, ada juga yang memuji penampilan Tasha yang sentiasa gorgeous. Tidak ketinggalan, ada juga yang mungkin tidak mahu melihat nama Tasha terus diburu kontroversi lalu meninggalkan sedikit komen berunsur nasihat di gambar tersebut.

Komen tersebut mengingatkan Tasha bahawa dia sudah dewasa dan berfikiran waras, jadi dia sepatutnya fikir masak-masak terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri. Ada juga yang mengingatkan Tasha bahawa sesungguhnya kematian itu semakin hampir.

T5
sumber: instagram
T4
sumber: instagram
T6
sumber: instagram
T8
sumber: instagram
T2
sumber: instagram

Mungkin serik dengan kritikan dan kecaman yang diterima, Tasha memuat naik satu lagi gambar berpenampilan seksi baru di laman Instagram tetapi kali ini dia tidak membenarkan sebarang komen pada gambar tersebut kerana telah menutup ruangan komen gambar itu. Serik dengan kutukan tapi tetap nak muat naik gambar seksi juga…

T9
sumber: instagram

Macam itulah hidup jadi artis. Semua gerak geri diperhatikan orang ramai. Harap-harap Tasha boleh fikir masak-masak dulu sebelum memuat naik gambar-gambar di Instagram supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah atau kontroversi. 

Baca: “Seksinya Hajah!” – Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah

Lofa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.