“Eee cilakanya anak siapa ni??” – Gara-gara Tak Dapat Masuk Beraya, Budak-budak Ni Conteng Pintu Pagar Tuan Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi korang yang sentiasa updated dengan isu media sosial, korang mesti perasan kan yang raya tahun ni dipenuhi dengan cerita duit rayalah, anak tak reti behave bila berayalah dan macam-macam kes lagi.

Terbaru semalam, muncul pulak kisah viral di Twitter tentang sekumpulan budak-budak yang telah menconteng pagar dan jubin sebuah rumah gara-gara tuan rumah tak beri mereka masuk beraya. Macam-macam! 

 

Balik dari beraya tak sangka tengok rumah dah kena conteng! 

Menurut netizen yang bernama Zeiqa, dia dan keluarga yang baru pulang daripada beraya terkejut melihat keadaan jubin dan pintu pagar rumah mereka yang telah diconteng dengan marker. 

Walaupun CCTV mereka tak dapat melihat siapakah gerangan yang membuat onar ini, mujurlah CCTV jiran sebelah berjaya merakam kegiatan budak-budak tersebut kerana rumah mereka pun terkena perkara yang sama. Anak-anak siapa lah yang nakal sangat ni! 

Sumber: Twitter

 

“Wahai parents, please lah advice your children. This is not how you act dekat property orang” 

Tambah Zeiqa, budak-budak tersebut berkemungkinan ingat si tuan rumah tak benarkan mereka masuk ke rumah untuk beraya. Jadi mereka marah dan buat perangai dengan menconteng pagar rumah.

Walhal kata netizen ni, bukannya dorang tak nak bagi budak-budak tu masuk. Dorang tak ada kat rumah sebab keluar pergi beraya. Nampaknya kena datang lain tahun lah! Haish macam-macam. 

Sumber: Twitter

 

“Macam beruk sekor-sekor punya perangai” 

Netizen yang melihat video ni sudah semestinya sakit hati habislah dan membayangkan kalau perkara ni terjadi dekat mereka, hmm siap budak-budak tu kena ligan!

Sumber: Twitter

Apa-apapun bagi min, penting sangat bagi ibu bapa untuk didik anak-anak supaya beradab bila pergi ke rumah orang. Kalau buat perangai, silalah tegur anak-anak tu. Jangan sampai menyusahkan orang. 

Baca: “Hilang mood raya aku” – Lelaki Luah Perasaan, Cermin Kereta Pecah ‘Dikerjakan’ Anak Tetamu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!