in

Ebit Lew Hulur Bantuan Selepas Tular Dua Anak Muda Tidur Bawah Jambatan Sebab Ayah Kahwin Lain

Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan kita berbeza-beza dengan orang. Kadang-kadang kita berada di fasa kesenangan dan boleh juga kita akan berada di fasa kejatuhan. Apa yang membuatkan kita untuk terus kuat adalah dengan mencari jalan penyelasaian untuk meneruskan kehidupan.


Seperti sebelum ini, tular di media sosial berkenaan dua beradik yang tinggal di bawah jambatan di Bachok, Kelantan.

Tidur bawah jambatan sebab ayah kahwin lain

Hantaran tersebut dikongsi di Facebook oleh Raja Anita Raja Mukhtar yang memaparkan anak muda yang berumur dalam lingkungan 25 tahun dan 27 tahun yang tinggal di bawah jambatan selepas kematian ibunya.

Hantaran tersebut juga mendapati bahawa mereka berdua membuat keputusan untuk keluar dari rumah kerana keputusan ayahnya yang ingin berkahwin lain.

Mereka juga mengatakan bahawa sudah bersyukur sekiranya mendapat tempat tinggal walaupun kecil asalkan selesa untuk meneruskan kehidupan.

Allahuakbar AllahuakbarSedih airmata tumpah hari ni???..menulis ni pun sebak Ya AllahAnak muda umur 25 tahun dan…

Posted by Raja Anita Raja Mukhtar on Tuesday, August 2, 2022

Kisah tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata mereka juga ada yang ingin membantu mereka dari segi mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal.

Namun, ada yang lebih pantas menghulurkan bantuan daripada semua.

Ebit Lew datang hulur bantuan

Inisiatif ini telah dikongsi di laman rasmi Facebook Ebit Lew yang memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan dua beradik tersebut di Kelantan dan melihat sendiri keadaan mereka yang dikatakan agak daif dan menyayat hati.

12 Malam tadi mesej dengan Kak Raja Anita tentang keadaan adik ni. Terus team gerak ke Kelantan drive 12 malam. Saya fly…

Posted by Ebit Lew on Thursday, August 4, 2022

Fly terus ke Kelantan lawat dua beradik

Menurut hantaran tersebut, beliau telah memaklumkan kepada pemilik asal hantaran Facebook sebelum ini iaitu Raja Anita mengenai lokasi dan keadaan dua beradik tersebut.

Beliau juga terus bergegas ke Kelantan dengan menaiki pesawat manakala team Ebit Lew memandu ke Kelantan pada pukul 12 tengah malam semalam.

“12 malam tadi mesej dengan Kak Raja Anita tentang keadaan adik ni. Terus team gerak ke Kelantan drive 12 malam. Saya fly pagi ni ke Kelantan ziarah 2 beradik ni yang dah 2bulan duduk bawah jambatan.”

JKM dan NGO turut bersama Ebit Lew

Ebit Lew juga telah bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi badan bukan kerajaan yang lain (NGO) turut hadir menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

“Adik ni tak sabar nak berkerja cuma mengenangkan abangnya. Abangnya ni dibawa untuk mendapatkan rawatan.”

Beliau juga memanjatkan harapan agar mereka berdua diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan melalui ujian ini dengan sabar.

Syukur masih ada yang nak membantu mereka. Orang Malaysia ni baik-baik. Terima kasih ustaz atas pertolongan!

Baca: Viral Satu Keluarga Naik Basikal 3 Roda, Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Rumah Baru Buat Keluarga Ini

Screenshot 2022 08 05 At 6.43.05 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.