in

Viral Satu Keluarga Naik Basikal 3 Roda, Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Rumah Baru Buat Keluarga Ini

Ft Uel Bantu Keluarga Di Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular foto sekeluarga dari kelantan yang terpaksa berjalan berkilometer jauhnya bersama keluarga.


 

Jalan berkilometer untuk kutip tin

Menerusi Facebook Sabrii Ibn Yunus,  foto itu memperlihatkan seorang ayah tua sedang mengayuh basikal roda tiga dan bergilir dengan anak lelaki. Dikatakan isterinya tidak mampu berjalan dengan jauh.

Sementara itu, anak perempuan akan bantu menolak di bahagian sisi sementara anak lelaki dewasa tarik dengan tali.

295973961 5470785336314939 272960268272767380 N

Difahamkan,si isteri itu baru dilanggar dan anak-anaknya ada yang OKU. Mereka berjalan jauh untuk mengutip besi, kotak, tin untuk di jual.

295118489 5470785262981613 6208670278743295680 N

Inilah drama realiti…
Berkilometer di daerah Tumpat setiap hari..
Empat beranak berjalan dibawah matahari
Barang buangan tepi jalan memberi rezeki
Itulah yang memberi seteguk air dan sesuap nasi
dan dengan harapan malam mampu tidur dalam indah mimpi
supaya bangun dengan segar utk terus berjalan lagi..
Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati.”

295970095 5470785212981618 8279849479756681795 N

Bagaimanapun, keluarga ini dikatakan ada mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Foto keluarga ini tular di media sosial sejak semalam sehingga meraih lebih daripada 1,100 jumlah perkongsian di Facebook.

 

Ebit Lew turun padang bantu

Disebabkan itu, ia sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew dan membuatkan dirinya rasa terpanggil untuk membantunya. Dengan pantas, UEL terus ke Kota Bharu untuk mencari keluarga ini.

Oleh itu, UEL bantu keluarga ini membina rumah dan berhasrat ingin memberikan sebiji motosikal, bagaimanapun keluarga ini berkata mereka lebih selesa berbasikal.

“Saya tanya apa boleh bantu pakcik makcik. Mereka nak bina rumah. Sekarang menumpang di tanah orang lain. Terus ke tanah tadi. Kami akan bina rumah baru untuk pakcik makcik ni. Doakan ye. Semoga dimudahkan segala urusan. Ingin beri motor mereka tidak boleh bawa motor. Selesa berbasikal.”

Oleh sebab itu, ramai yang memuji tindakan pantas UEL dalam membantu orang-orang susah. Malah, keluarga ini juga dipuji kerana sangat merendah diri, UEL sendiri pun kagum dengan sikap ramah mereka.

Baca : “Tak kuat saya…” – [VIDEO] UEL Luang Masa Dengan Adik Basyir Lepas Viral Pegang Baju Kuning Ayah

Page Uel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.