Siapa sangka berhenti merokok betul-betul boleh ubah rupa dan penampilan seseorang tu!
Baru-baru ni, seorang lelaki warganegara Taiwan kongsi gambar-gambar menunjukkan perubahan diri dia lepas berhenti merokok. Menurut WORLD OF BUZZ, penampilan dan kesihatan dia ternyata benar-benar berubah.
Gambar yang dia kongsi dengan cepat viral dan mendapat perhatian ramai warga internet sampai dapat lebih 20,000 perkongsian dalam masa kurang dari 24 jam. Masing-masing terpegun dengan transformasi dia.
Katanya, dia dah berhenti merokok sejak dua tahun lepas dan kini dia nampak lebih lively dan charming.
“Sewaktu masih merokok rokok sekotak sehari, berat badan saya mencecah 52kg dan tinggi saya 178cm. Mulut saya memang bau tembakau. Saya boleh kenyang hanya dengan merokok dan kadang kala saya tak kisah pun kalau tak makan. Muka saya pula sangat berminyak dan penuh dengan jerawat.”
Disebabkan badan dia yang kurus dan penampilan tak terurus, ramai yang sangka dia penagih dadah. That’s why dia beritahu dekat status yang dia tak pernah sentuh dadah seumur hidup dia.
Selain tu, dia mengaku yang berhenti merokok tak semudah disangka dan dia ambil masa selama 4 tahun untuk betul-betul buat tabiat merokok tu.
Berat badannya kini mencecah 70kg dan muka pun susah nak naik jerawat. Bukan tu je, dia akui seronok sebab dapat enjoy pelbagai jenis rasa makanan! Pemuda ni akhiri status dia dengan berkata,
“Tak susah nak berhenti merokok, kamu cuma perlu ada kesungguhan.”
Berhentilah merokok untuk hidup yang lebih sihat! Ayuh!
Baca: Berjaya Kumpul RM4875, Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Berhenti Merokok Dalam Masa 6 Bulan!