in

“Duit tak cukup nak beli susu” – Ibu Bapa Bagi Bayi Umur 14 Bulan Minum Kopi O 5 Gelas Sehari Sampai Anak…

Bayikopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberikan 1.5 liter kopi bersamaan dengan lima gelas kopi setiap hari.


Lapor Tribun, ibu bapa kepada Hadijah Haura, Sarifuddin dan Anita berikan kopi kepadanya sejak berusia 6 bulan.

 

Nak buat macam mana, pendapatan kami tak cukup nak beli susu. Terpaksalah berikan kopi” – Ibu

Bayi 14 Bulan Habiskan 5 Gelas Kopi Atau Setara 15 Liter Perhari

Dikatakan pendapatan pasangan dari Sulawesi Barat, Indonesia hanya Rp 20.000 ( RM 5.93) bersama suaminya. Pendapatan itu hanya cukup untuk memenuhi keperluan dapur sahaja.

Jadi, mereka hanya mampu berikan kopi kepada anak mereka itu. Disebabkan itu Hadijah Haura berkelakuan luar biasa pada setiap malam.

Tambah Anita lagi, dia dan suami hanya bergantung pada upah bekerjanya sebagai pencungkil isi kelapa.

Saat musim menuai tiba Sarifuddin akan bekerja sebagai buruh angkut padi sebab upah yang boleh dapat tu lagi besar berjumlah sekitar RM10. Tapi bila musim menuai habis, dia kembali mencungkil isi kelapa tu, itu pun kalau ada kelapa.

Walaubagaimanapun, Anita mengaku bimbang dengan kesihatan bayinya tapi dia dah tak ada pilihan lain lagi dah. Katanya, pendapatan harian yang mereka dapat nak buat makan sehari pun belum tentu cukup.

Anita juga mengaku yang dia tak pernah mendapatkan sebarang bantuan daripada sesiapa. Tambahnya lagi, anak dia membesar seperti biasa biarpun dah minum kopi.

Akibat pengambilan kafein yang melampau, bayi 14 bulan itu menjadi hyperactive, malah anak dia dah mula ketagih minum kopi, dia akan merengek setiap malam sebelum tidur selagi tak dapat kopi.

 

Dia takkan boleh tidur kalau tak dapat kopi. Boleh merengek minta kopi sebelum tidur”

Jabatan Kesihatan dari negara tersebut telah mengunjungi bayi itu dan memberikan bantuan berupa biskut dan susu.

Sharifuddin dan Anita juga diberi nasihat untuk tidak lagi memberi kopi kepadanya sebab badan dia akan memberi kesna lebih teruk jika kerap diberikan kafein dan gula.

 

Baca : “Bodohnya dia ni” – Wanita ‘Shopping’ Bayi Secara Online Dari Filipina, Sumbat Dalam Beg Nak Bawa Balik

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.