in

“Bodohnya dia ni” – Wanita ‘Shopping’ Bayi Secara Online Dari Filipina, Sumbat Dalam Beg Nak Bawa Balik

Seludup Bayi E1624075598532

Seorang wanita berusia 42 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Filipina selepas didapati seludup bayi berusia 6 hari dalam hand luggage.

Menurut Daily Mail, Jennifer Erin Talbot berasal dari Utah telah membeli bayi itu secara online daripada seorang remaja perempuan di Filipina.

Jennifer telah membuat perjanjian dengan ibu bayi berkenaan untuk berjumpa dan menyerahkan bayi yang dah dibeli secara online itu. Pada hari Rabu lepas, dia nak pulang ke US dengan bayi lelaki berkenaan tetapi ditahan kira-kira jam 6.20 pagi.

Ketika kejadian, Jennifer yang memakai baju hitam dan seluar jeans itu dapat melepasi kaunter imigresen tanpa sesiapa mengesyakinya. Tapi, dia kemudian ditahan oleh kakitangan Delta Airlines sewaktu di pintu gerbang ke pesawat.

 

Mereka kemudian mendapati bayi lelaki itu telah disumbatkan di dalam hand luggage Jennifer namun ketika ditanya dia mendakwa,

Saya adalah ibu saudara bayi ini.”

Bagaimanapun, Jennifer gagal mengemukakan dokumen sah untuk membuktikan hubungannya dengan bayi tersebut. Disebabkan itu, Jennifer kini ditahan pihak berkuasa Filipina.

Kes ini masih dalam siasatan dan difahamkan Jennifer kini dituduh atas tiga kesalahan iaitu penculikan, penderaan kanak-kanak dan pemerdagangan manusia. 

Seludup3
sumber: usa today

Seludup4

Seludup2
sumber: philstar

Dia menunjukkan afidavit kononnya dari ibu bayi tersebut, Maricris Cempron Dulap yang memberi kebenaran untuk anaknya dibawa melancong ke US. Tetapi tiada tandangan dari Maricris sendiri pada kertas afidavit tersebut. Menurut pihak berkuasa,

Tiada kelulusan melancong ke luar negara dari pihak kerajaan untuk bayi tersebut, disebabkan itu dia didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia.”

Kes ini menjadi topik bualan hangat di seluruh Filipina dan Kedutaan Amerika Syarikat telah pun dimaklumkan tentang penangkapan Jennifer. Seluruh siaran TV Filipina menyiarkan sebutan kes ini di mana Jennifer yang digari dibawa keluar dan dikerumuni ramai wartawan.

Seludup1

Sumber: AsiaOneMaricris dan bapa kepada bayi tersebut dipercayai menetap di Bandar Davao, Filipina dilaporkan turut didakwa atas tuduhan penderaan kanak-kanak namun mereka masih belum ditangkap. Bayi lelaki itu pula telah diserahkan kepada kakitangan jabatan kebajikan kerajaan.

Jennifer berdepan hukuman penjara seumur hidup di penjara Filipina dan denda di antara 38,500 to 96,200 US Dollar (RM160,949 – RM402,164) jika didapati bersalah. 

Baca:  Pergi ‘Berseronok’ Dengan BF, Tinggal 2 Anak Kebuluran 11 Hari Makan Taik Sendiri & Seorang Meninggal

Anak Kebuluran