“Duduk ramai pun tak semestinya selamat”- Rakaman CCTV Sekeluarga Kena Rompak Dengan Lelaki Berparang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Duduk ramai pun tak semestinya selamat”- Rakaman CCTV Sekeluarga Kena Rompak Dengan Lelaki Berparang

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Jangan ingat kalau rumah ramai orang, kita rasa dah selamat untuk biarkan pintu terbuka luas. Kalau ada mindset yang mengatakan perompak takkan berani nak masuk tu fikir balik lepas tengok rakaman CCTV rumah keluarga ni.

Mereka dirompak oleh sekumpulan lelaki berparang ketika satu keluarga ini sedang beristirehat di rumah.

 

Seramnya tengah chill dengan family kena rompak macam ni. WRM 7500, white BMW. Seksyen 28 Shah Alam, Taman Alam Megah.”

 

Rakaman CCTV berdurasi 2 minit 20 saat ini menunjukkan 3 lelaki memakai penutup muka, berpakaian hitam sambil memegang parang menyerbu masuk ke dalam rumah keluarga ini.

Salah seorangnya merampas telefon bimbit salah seorang ahli keluarga dan mereka semua diarahkan untuk berkumpul ke dalam satu ruang sementara ahli perompak lain naik ke atas untuk menggeledah seluruh rumah.

Menurut perkongsian di Twitter ni, kejadian berlaku di Seksyen 28 Shah Alam, tapi ada yang mengatakan ianya di Saujana Putra.

Perkongsian yang meraih lebih daripada 12,000 retweets dalam masa 4 jam ianya dimuat naik telah mengundang rasa cemas netizen bila melihat kejadian ini.

 

Duduk ramai-ramai pun tak semstinya selamat – Netizen

Sekarang ni kenalah hati-hati, selalunya kes macam ni jadi masa orang tengah tidur, ataupun perompak akan masuk secara senyap.

Tapi yang ni tengah duduk ramai-ramai lagi mereka berani melakukan jenayah. Mohon korang semua untuk ambil langkah berhati-hati lepas ni.

 

Baca : “Ni mesti ‘kunyit’ nak menyont*t…” – Lelaki Sengaja Rompak Bank Sebab Nak Masuk Penjara Jumpa Kawan Baik

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?