“Ni mesti ‘kunyit’ nak menyont*t…” – Lelaki Sengaja Rompak Bank Sebab Nak Masuk Penjara Jumpa Kawan Baik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau rindu kawan baik, apa korang buat? Call? Mesej? Ajak lepak? Tapi, warga emas berusia 68 tahun ni memang sanggup buat jenayah demi untuk berjumpa dengan kawan baik dia.

Menurut Oddity Central, William J. Gallagher pernah dipenjarakan selama 20 tahun kerana kesalahan jenayah membunuh. Sepanjang berada di dalam penjara, Gallagher mempunyai seorang kawan baik tetapi ketika dia dibebaskan, rakannya itu masih menjalani hukuman di sebuah penjara di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Sumber: Journal Sentinel

Enam bulan selepas dibebaskan, Gallagher merancang untuk merompak sebuah bank kerana sengaja mahu dipenjarakan! Pada akhir tahun 2018, Gallagher bergerak ke Milwaukee untuk merompah Chase Bank.

Ketika merompak, Gallagher hanya meminta pihak bank wang sebanyak $100 (RM416.80) dan terus suruh pegawai bank terbabit untuk hubungi pihak polis. Dengan tenang, Gallagher menunggu ketibaan pihak polis di premis bank tersebut.

Sewaktu dibicarakan, Gallagher mengaku bersalah merompak bank tersebut dan memberitahu berbuat sedemikian hanya semata-mata untuk berjumpa dengan kawan baiknya di dalam penjara. Bukan itu sahaja, menurut Legal Reader, Gallagher juga turut meminta agar dia dihukum penjara selama 10 tahun lagi.

Gambar hiasan

Selain untuk berjumpa kawan baik, menurut pegawai polis, Gallagher mahu dipenjarakan semula kerana mahu mendapat penjagaan kesihatan yang baik di dalam penjara tersebut.

Saya tak pernah dengar orang merompak bank semata-mata untuk masuk ke dalam penjara supaya dia dapat penjagaan kesihatan.”

Difahamkan, penjara Wisconsin adalah antara penjara di Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan layanan terbaik. Jadi, memang ramai banduan yang suka tinggal di situ.

Sumber: Shepherd Express
Sumber: Post Crescent

Ramai netizen yang baca cerita Gallagher rasa kisah dia ni lucu sampai ada yang berkata dia sebenarnya golongan ‘kunyit’. Yela, dorang cakap siapa je sanggup masuk penjara balik? Setakat rindu kawan, boleh pergi melawat. Hmm entahhhh…

Baca: “Susah dapat kawan camni” – Member Sanggup Angkut Motor Kawan Baik Dari PD Sampai Melaka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!