Penghujung tahun merupakan masa yang menjadi pilihan ramai untuk pergi bercuti. Namun, dengan nilai mata wang ringgit yang tidak menentu, pastinya anda takut untuk pergi melancong ke luar negara kerana bimbang akan menelan belanja yang banyak.
Tetapi tahukah anda, dengan bajet yang rendah anda masih boleh menikmati percutian? Bukan satu atau dua tetapi ke empat negara!
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi di Facebook mengenai pengalamannya dan rakan bercuti ke empat negara dengan bajet kurang daripada RM5,000. Wahhh bestnya!
Menurut Nur Farah Diana, dia dan rakannya telah pergi bercuti ke Istanbul, Greece, London dan Paris dari 5 November hingga 17 November yang lalu. Mereka berdua telah memilih Air Asia untuk terbang dari KLIA ke Tehran dan seterusnya ke destinasi lain.
Sepanjang berada di setiap negara, mereka tidak menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan tetapi menggunakan kenderaan awam seperti tram, bas, kereta api dan berjalan kaki.
Farah telah berkongsi harga setiap tiket kapal terbang yang dibeli untuk kesemua destinasi. Mereka juga sanggup menukar flight dari satu tempat ke satu tempat bagi mendapatkan harga tiket yang rendah. Bagus idea ni!
Bukan itu sahaja, Farah turut berkongsi dengan kami tentang harga tempat penginapan bagi setiap destinasi percutiannya. Gadis ini memang mengesyorkan tempat penginapan yang didiaminya kecuali di destinasi terakhir iaitu di Paris kerana dikatakan bilik tersebut agak mahal.
Menurut Farah lagi, mereka berdua menyediakan duit poket sebanyak RM1,000 setiap seorang untuk membayar tambang kenderaan awam, membeli belah, makan dan membeli cenderamata. Mereka juga hanya berbelanja RM75 seorang untuk membeli makanan di Malaysia untuk dibawa ke sana. Wah!
Bukan itu sahaja, Farah turut berkongsi dengan Lobak Merah berkenaan rancangan perjalanannya sepanjang berada di keempat-empat negara tersebut. Jom tengok!
Hari pertama:
Hari kedua:
Hari ketiga:
Hari keempat:
Hari kelima:
Hari keenam:
Hari ketujuh:
Hari kelapan:
Hari kesembilan:
Hari kesepuluh:
Hari kesebelas dan dua belas:
Menurut Farah, suasana di Istanbul sangat tenang dan rakyat tempatan di sana sangat baik hati membantu mereka. Selain itu, pemandangan dan masjid-masjid di situ sangat cantik. Di Santorini, Greece pula Farah menggambarkan pemandangan di sana sangat indah dan setiap tempat cantik untuk merakamkan gambar kenangan.
Kota London pula digambarkan sebagai tempat yang suram dan paling sejuk antara empat tempat yang mereka lawati dan berasa selamat walaupun berjalan pada lewat malam. Walau bagaimanapun, dia mengatakan bahawa Paris agak menakutkan terutamanya di tempat kereta api bawah tanah.
Farah juga turut berkongsi informasi dan tips sekiranya ada yang bercadang untuk mengikut cara ini pada masa akan datang.
Seronok dan puas hati dengan perjalanan mereka, Farah sudah pun bercadang untuk melancong ke Amsterdam, Itali dan Jerman pula selepas ini.
Wahhhh…. Bestnya! Tak sangka boleh pergi melancong 4 negara ni dengan harga RM5,000 je..All in pulak tu!
Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai