in

Pemilik Restoran Di Sungai Long Buli Pekerja Dengan Meminta Pekerja Lain Belasah Mangsa

Buli0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemilik Restoran Di Sungai Long Buli Pekerja Dengan Meminta Pekerja Lain Belasah Mangsa
Loading
/

Biasalah kalau pekerja dimarahi bos di tempat kerja jika lakukan kesalahan. Tetapi pernah anda bayangkan bagaimana bos restoran melayan pekerja mereka di belakang tabir?


Seorang pengguna Facebook telah berkongsi sebuah video menunjukkan bagaimana pemilik restoran menghukum pekerjanya.

Pemilik restoran itu dilihat menghukum pekerjanya dengan mengarahkan pekerja yang lain untuk memukul mangsa dengan teruk berkali-kali. Tak semua pemilik restoran macam ni okayyy…

Buli1
sumber: world of buzz

Melalui post tersebut,

Video ini dikongsikan oleh kawan saya yang meminta saya untuk bantu dia memuat naik video ini, seolah-olah dia tidak boleh lakukannya sendiri.

Bos restoran yang tidak berhati perut ini membuli pekerjanya dengan memukul teteapi dia tidak menggunakan tangannya sendiri untuk memukul. Dia sebaliknya mengarahkan pekerja yang lain untuk membantunya memukul pekerja yang dibuli itu. Dan ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku.

Terdapat tiga pekerja yang dibelasah pada hari itu. Pekerja yang memakai baju merah itu mempunyai kecacatan dan dua lagi pekerja dilaporkan cacat akal. Kejadian ini berlaku di sebuah restoran nasi campur terletak bertentangan dengan UTAR Sungai Long. Tolong bantu dengan kongsikan post ini!”

Video tersebut juga menunjukkan kakitangan lain di dapur dan mereka dilihat sedang bergaduh secara lisan dengan pemilik restoran berkenaan selepas dia selesai mengarahkan pekerja lain untuk membelasah tiga lagi pekerja yang malang itu.

Buli2
sumber: world of buzz

Walaupun tidak sempurna, mereka juga manusia! Mereka juga layak terima layanan yang baik…

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.